|
Nama anggota bomba Muhammad Shafiq Muhamad pernah mencuri tumpuan ramai kerana memiliki suara merdu dan sering memuat naik video menyanyi lagu cover di media sosial.
Serius untuk kembangkan kerjaya dalam dunia seni, Shafiq atau lebih mahu dikenali dengan nama pentas Apit.SW tampil dengan single pertama berjudul Janji Cinta. Bagi Apit, meskipun mempunyai kerjaya tetap, bidang nyanyian ini adalah platform untuk dia berkongsi karya dengan peminat selain menjana pendapat sampingan. “Bermula dari hobi menyanyi lagu orang, apa salahnya untuk saya teruskan kerjaya dalam bidang seni dan berkongsi bakat dengan peminat.
“Saya berani ambil cabaran untuk bergelar artis rakaman untuk kembangkan bakat. Saya percaya untuk berjaya perlu keluar dari zon selesa, “Menjadi penyanyi bukan sekadar untuk popular. Apa yang penting kemunculan saya dapat diterima peminat muzik” ujar Apit kepada mStar.
|
Suchi replied at 14-2-2022 12:13 PM
Dah tau ada gemuruh minat nyanyi plak, patut minat keje2 belakang tabir je.
Iols pun ada gemuruh so ...
prince_marhaen replied at 14-2-2022 12:36 PM
banyak masa free ke dek? bombah bahagian admin eh? selalu dalam uniform jenis hadek2 jahhh yang feel ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.469913 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.