|
Petaling Jaya – Tular satu klip video memaparkan tindakan seorang lelaki memberi seorang kanak-kanak perempuan menghisap vape telah mendapat kecaman hebat daripada pengguna media sosial.
Menerusi perkongsian portal Inforoadblock di Facebook, kelihatan kanak-kanak itu sedang menghisap rokok elektrik sambil dihulurkan oleh lelaki yang berada di sebelahnya tanpa rasa bersalah. Selain itu, dalam rakaman tersebut, kanak-kanak itu sedang menghembuskan asap vape melalui hidung setelah menghisapnya. Difahamkan, kejadian itu berlaku di Sabah baru-baru ini.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meminta pihak berkuasa bertindak segera menahan lelaki terbabit agar tidak terus merosakkan kesihatan kanak-kanak itu. “Polis sabah mana, ambil tindakan segera,” kata Navindra. “Ini jenis orang tua yang tidak ada otak, tangkap terus biar dapat pengajaran,” ujar Simon Lee. – CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.028827 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.