CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guna Taktik Dental Spa- Ramai Dah Terpengaruh, Buat Vernir Dengan Doktor Tak Bertauliah

14-2-2022 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1084| Komen: 10

Kuala Terengganu – Pihak berkuasa digesa agar lebih pro­aktif dalam memantau kegiatan mempromosi perkhidmatan venir tiruan yang dikesan semakin berleluasa di media sosial.


Seorang doktor gigi, Dr. Yusmijan Yusmido berkata, berdasarkan pemerhatiannya, golongan doktor tidak bertauliah ini sangat aktif mencari pelanggan di media sosial.


Foto: Kosmo

“Apa yang dikesalkan, kumpulan ini juga bijak memanipulasi orang ramai dengan mendapatkan khidmat artis tempatan dan influencer bagi membantu mempromosikan perkhidmatan venir tiruan berkenaan.

“Ramai pengguna terutama wanita yang obses dengan kecantikan terpedaya kerana menyangkakan perkhidmatan itu dilakukan oleh pakar perubatan yang sah dan menggunakan peralatan tulen,” katanya kepada Kos­mo! di sini semalam.


Yusmijan berkata, doktor tidak bertauliah terbabit bukanlah pakar yang mahir dalam prosedur pergigian, malah peralatan yang digunakan juga kebanyakannya diragui dari segi ketulenan.

Dalam pada itu, seorang lagi doktor gigi yang mahu dikenali sebagai Dr. Sya berkata, ada kalangan doktor tidak bertauliah ini yang menggelarkan diri mereka sebagai beautician (pakar kecantikan) di lokasi spa, namun tidak berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MPM).

“Kebanyakan mereka tidak gelarkan perniagaan tersebut sebagai perkhidmatan pergigian, tetapi menggunakan terma seperti beauty spa atau dental spa.

“Ini adalah taktik pemasaran yang menyebabkan orang ramai terpengaruh,” katanya.

Kata Dr. Sya, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan (KKM) perlu meningkatkan kesedaran orang ramai melalui platform media sosial dan perlu lebih agresif dalam mengambil tindakan sekiranya menerima aduan daripada orang ramai terhadap doktor tidak bertauliah ini.

“Kerajaan perlu mengambil laporan daripada orang ramai yang membuat aduan secara lebih serius. Ini kerana ia melibatkan keselamatan orang ramai dan kerugian yang banyak disebabkan tiada kesedaran,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Atata 14-2-2022 10:59 AM
Pastu yg veneer timbang kilo ni sapa pakai terus auto gigi mcm AR Tompel hm
Quote Kitty_catz 14-2-2022 12:56 PM
kekecik tak reti nak gosok gigi, dah beso pi cari quack dentist.. apooo
Quote Artemesiaa 14-2-2022 12:59 PM
Kitty_catz replied at 14-2-2022 12:56 PM
kekecik tak reti nak gosok gigi, dah beso pi cari quack dentist.. apooo

Kannn ... pastu gigih nak orang puji
Quote Kitty_catz 14-2-2022 01:05 PM
Edited by Kitty_catz at 14-2-2022 01:06 PM
Artemesiaa replied at 14-2-2022 12:59 PM
Kannn ... pastu gigih nak orang puji

ntahnya,.. nak budget hot kat socmed .. tp fulusnya tak ada
org dulu2 helok je gg rongak, jonggang ape semer, kisah pun idak, sbb takde keperluan nak tayang kat socmed

socmed ni buat ramai org jadi vainpot!




Quote buapakperut 15-2-2022 09:37 AM
Dental spa? Nak cantik tapi duit yillek. Ujung2 jadi jongos
Quote krustykrab 15-2-2022 10:05 AM
Kitty_catz replied at 14-2-2022 12:56 PM
kekecik tak reti nak gosok gigi, dah beso pi cari quack dentist.. apooo

Kena salahkn makpak yg reti beranak je tp tak reti nk jaga gigi anak2....dah besar gigi rompong la, gigi tunggang langgang la, gigi jongang la
Quote OyaTonggek 15-2-2022 10:08 AM
geli aku tgk muka nan hado tp gigi putisss venir palesu naik honda kap! apoooo
pegi klinik gigi yg betul la gileeeee
Quote OyaTonggek 15-2-2022 10:12 AM
Atata replied at 14-2-2022 02:59 AM
Pastu yg veneer timbang kilo ni sapa pakai terus auto gigi mcm AR Tompel hm

tweety bird dh repair balik veneer dia kot..x nampak jongang sgt dah...kalau x tu..gigi dia dah la putih lain maciam pastu, bertambah jongos...lps kawen ngan kamal lawa skit gigi dia..sorry ungka
Quote tumpanglalu74 15-2-2022 11:23 PM
Dentist terjun..         
Quote borne 15-2-2022 11:29 PM
Nama doc tu cam indon je..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.043718 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top