CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Serius Rindu Sangat Drama Ni, Berlakon Balik Eja Please" – Netizen Rindu Lakonan Eja

14-2-2022 12:37 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 6735| Komen: 25|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Eja


Masih ingatkah semua dengan pelakon popular yang bernama Siti Shahrizah atau Eja? Pastinya ramai yang masih mengingati drama pertama lakonannya sebagai watak utama iaitu Rahsia Demi Rahsia. Drama ini disiarkan di kaca televisyen sekitar tahun 1999, di mana ia menggandingkan Eja bersama Mahmud Ali Bashah. 

Baru-baru ini menerusi akaun Instagram Eja, dia telah berkongsikan satu video yang memaparkan pertemuan kembali Eja bersama hero drama itu setelah hampir 23 tahun tidak berjumpa, akhirnya mereka bertemu kembali untuk satu 'misi'.


Kelihatan yang turut berada dalam video ini adalah Adam Hamid yang merupakan pelakon kacak pujaan ramai satu ketika dahulu. Kini dia bergelar pengarah filem. 

Sumber: Instagram Eja

Di ruangan kapsyen, Eja juga telah mencoretkan sedikit sinopsis Rahsia Demi Rahsia. Alahai tak berubah langsung gandingan hebat ini. Drama itu yang membuatkan ramai menanti siarannya selama 2 season.

Kini, video yang dimuat naik oleh Eja telah mendapat 4127 tontonan dan lebih 200 komen direkodkan. Rata-rata peminat dan netizen mengharapkan Eja buat comeback. -CARI

Sumber: Instagram Eja 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonela 14-2-2022 12:42 PM
Suka tengok lakonan Eja zaman dulu kala...
Ada satu drama tu dia berlakon dengan Mahmud Ali Basha...

Watak sebagai perempuan muda kawin dengan lelaki tua

Eja, Aida Aris antara pelakon perempuan yang maintain slim dan tinggi...
Quote silampumeja 14-2-2022 12:58 PM
moonela replied at 14-2-2022 04:42 AM
Suka tengok lakonan Eja zaman dulu kala...
Ada satu drama tu dia berlakon dengan Mahmud Ali Basha... ...

Rahsia demi rahsia lah tu chuols....

Penampilan pertama eja sebagai heroin .
Masa tu nama dia letak S. Eja atau s. Shahriza
  kalau tak silap... Org ingat dia sharifah... Tapi s tu siti je....

Eja ni dulu dah kawin tp jadi bini bernombor awalnya rasa... Semua org industri tahu kan tp semua rahsiakan.... So dia takde gossip apa sangat kecuali dgn hero2 drama dia ..


Rahsia demi rahsia tu best sbb tn haji jadi suami yg baik ..kawin dgn anak org pulau..bawak balik ke bandar...dirahsiakan...fauziah samad jadi org gaji.... xsentuh murni yg muda isteri nya... Cemburu dia dgn kawan dan kawan baik yg jatuh cinta habis kat wife dia...kawan baik dia tu pengarah drama ni ...si fairuz loy...laki sorang pelakon...johara ayob ke namanya
..adam hamid tu pulak kawan si murni di kolej yg jatuh hati kat dia jugak...

Permpuan yg bergambar dgn eja tu rasanya producer drama ni... Wife si syekh kalam yg muka viral seiras along spoon tu...


Pedgh dahsyatla i ingat semua benda pasal drama rahsia demi rahsia ni .

Tapi Rahsia demi rahsia 2 macam pelik sangat ending dia macam tak habis kan....ada perempuan ex hj tu dtg ke rumah ngacau rumah tangga diorang...ada kat youtube ke rtm ke

Quote moonela 14-2-2022 01:06 PM
silampumeja replied at 14-2-2022 12:58 PM
Rahsia demi rahsia lah tu chuols....

Penampilan pertama eja sebagai heroin .

Bahahhaha...hebat uols boleh ingat semua...Pasti tak miss setiap episod..

Ada rahsia demi rahsia 2 ka?
I tak ingat...lama dah...






Quote umbut 14-2-2022 01:29 PM
Patutlah dulu dkt 10 tahun rahsiakan perkahwinan. Bernombor rupanya.
Quote cikpisang 14-2-2022 01:37 PM
Suka eja. Teringat cerita seputeh kaseh ramadhan bukan puasa dulu dok tengok. Sedihh
Quote dudaberhias 14-2-2022 01:47 PM
Suka lakonan eja dulu2, hampir semua drama sheols best la walaupun drama biasa2 rtm tu...

Sama jugak dengan acik ritrud, walaupun iols annoying sangat dengan royanan dagu pembuka tin ni, tapi lakonan sheols tetap meletop. Drama2 lama dia pun best.
Quote chilly 14-2-2022 01:49 PM
Eja ni dulu dah kawin maksudnya? Sekarang cerai ke uolls?
Quote markonahlah 14-2-2022 01:52 PM
cikpisang replied at 14-2-2022 01:37 PM
Suka eja. Teringat cerita seputeh kaseh ramadhan bukan puasa dulu dok tengok. Sedihh

Drama tu best cuma bulu mata dia lentik walau scene mati
Quote silampumeja 14-2-2022 01:55 PM
moonela replied at 14-2-2022 05:06 AM
Bahahhaha...hebat uols boleh ingat semua...Pasti tak miss setiap episod..

Ada rahsia demi  ...

Ada tp rahsia demi rahsia 2 tu mcm dh xbest... Tukar pelakon... Kurang pelakon... Pastu plot twist yg xhabis .. mcm nk ada rdr3 tp takde smpai sudah . Ha gitu .. hahahahaha

Iols ingat semua rasanya sbb bbnu baru nak mengenal chintaaa waktu tu kot remaja amat ...Tgk drama lain dr yg lain ... Hahahahaha
Quote silampumeja 14-2-2022 01:57 PM
chilly replied at 14-2-2022 05:49 AM
Eja ni dulu dah kawin maksudnya? Sekarang cerai ke uolls?

Dulu isteri bernombor kalau tak silap iols... Lama2 dia je sorang .... Cuma dia sejenis tak mencapub la... Bila dia jd the only one wife baru dia tnjuk suami dia dan dia prgnant
Quote zuri154 14-2-2022 02:01 PM
Iols suke drama eja & eizlan yusof tajuk teduhan kasih. Eizlan suke eja tp eja kawen dgn jalaluddin hassan, bapak si eizlan. Wpun frust sb eja x kawen eizlan tp iols still suke drama ni
Quote imrb 14-2-2022 02:01 PM
rtm tayang baliklah wey confirm ramai peminat.. kat utube confirm laku keras
Quote imrb 14-2-2022 02:03 PM
cikpisang replied at 14-2-2022 01:37 PM
Suka eja. Teringat cerita seputeh kaseh ramadhan bukan puasa dulu dok tengok. Sedihh

mati bulu mata palesu panjg berjela tukan.. foundation tebal nak matik.. spoiled
Quote KamikuP 14-2-2022 02:51 PM
Suka Eja masa Roda Impian
Quote Orix 14-2-2022 02:53 PM
Roda impiann
Quote Kancilkering 14-2-2022 02:54 PM
suk dia n fahrin ahmad…farhin gle bayang…sampai bau  daun pandan teringat eja…..buat kuih tako…..
Quote moonela 14-2-2022 04:59 PM
silampumeja replied at 14-2-2022 01:55 PM
Ada tp rahsia demi rahsia 2 tu mcm dh xbest... Tukar pelakon... Kurang pelakon... Pastu plot twist ...

hahahaa...tentu masa tu chuols verangan what if bila dah beso nanti kawin dengan lelaki tua
Quote awenda507 14-2-2022 05:06 PM
bila berckp mcm tgh ketap gigi aku tgk eja ni
Quote eely_shana 14-2-2022 07:12 PM
Teringat mya zara

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.050477 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top