CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kasino Mewah Bakal Dibuka 2026, UAE Halalkan Perjudian

14-2-2022 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2216| Komen: 29

Dubai: Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan negara itu membenarkan aktiviti ‘perjudian’ susulan mengadakan perjanjian dengan pengendali kasino gergasi, Wynn Resorts yang bertapak di Las Vegas. 


Lapor Daily Mail, Wynn Resorts merancang untuk membina resort mewah mencecah harga bilion dolar di Ras al-Khaimah di pulau buatan Al-Marjan. 

Resort tersebut akan dibuka pada 2026 yang turut mengandungi 1,000 bilik hotel mewah, pusat beli-belah, pusat konvensyen dan ‘kawasan perjudian’. 


WYNN Resorts

Fasiliti lain yang turut disediakan di kompleks itu termasuk spa eksklusif, 10 restoran aneka pilihan dan ruang rehat.


Tetamu di resort tersebut juga bakal dihidangkan dengan pemandangan menakjubkan teluk Arab. 

Pengumuman itu dibuat selepas khabar angin bertiup kencang sebelum ini mengenai aktiviti perjudian yang akan dihalalkan di UAE. 

Sebelum ini, pengendali kasino, Caesars Palace membina pusat peranginan besar-besaran di Dubai tanpa melibatkan sebarang aktiviti perjudian. 

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Wynn Resorts dan Ras al-Khaimah hanya merujuk ‘perjudian’ tanpa mengulas lanjut mengenai perkara itu. 

Menurut The Associated Press, Pihak Berkuasa Pembangunan Pelancongan UAE berulang kali enggan menjawab soalan sama ada perjudian melibatkan pertaruhan tunai. 

Bagaimanapun, kenyataan daripada pihak berkuasa menjelaskan, bahagian permainan baharu menuntut ‘pematuhan terhadap semua undang-undang dan peraturan yang terpakai termasuk undang-undang jenayah kewangan daripada pengendali, pembekal dan pekerja’. 

Pihaknya juga akan memastikan ‘permainan yang bertanggungjawab di semua peringkat’.  -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nikaido 14-2-2022 11:05 AM
UAE 90% immigrant kira logikla nak buat casino. Malaysia claim negara islam pun ada casino siap kasi pinjaman lagi
Quote umbut 14-2-2022 11:33 AM
Edited by umbut at 14-2-2022 11:46 AM
nikaido replied at 14-2-2022 11:05 AM
UAE 90% immigrant kira logikla nak buat casino. Malaysia claim negara islam pun ada casino siap kasi ...


Kat malaysia pun yg pergi non muslim je.. negara kita multi racial. Agama rasmi islam sebab majority tapi malaysia x silap bukan negara islam dan masih dlm perdebatan
Quote ifanonline 14-2-2022 11:47 AM
malaysia dah lama ada casion, UAE baru nak ada

Quote ifanonline 14-2-2022 11:48 AM
umbut replied at 14-2-2022 11:33 AM
Kat malaysia pun yg pergi non muslim je.. negara kita multi racial. Agama rasmi islam sebab majori ...

malaysia adalah sebuah negara Islam...malaysia adalah ahli OIC...negara2 Islam shj dpt masuk OIC...

Quote umbut 14-2-2022 11:48 AM
ifanonline replied at 14-2-2022 11:48 AM
malaysia adalah sebuah negara Islam...malaysia adalah ahli OIC...negara2 Islam shj dpt masuk OIC.. ...

Ok. Sorry kalo silap
Quote green~tea 14-2-2022 12:02 PM
UAE tu kan well known sincity of middle east...
Quote Decaffeinated 14-2-2022 12:53 PM
Dah lama terliur la tu tengok Malaysia negara islam anggota OIC boleh ada casino guna alasan cover line ada citizen kapir.

Ramai immigran konon nanti tengok yang mengimarahkan tu masuk berjubah ka tak.

Quote FOTHER-MUCKER 14-2-2022 01:12 PM
Casino di UAE tu untuk pelancong sahaja. Warga tempatan diharamkan masuk. Jika orang arab nak bercasino mereka pergi ke Eropah
Quote tripleid 14-2-2022 01:20 PM
maka gegak gempita lah seluruh ustak2 utube dok canang inilah tanda2 kiamat..
Quote kemaruk 14-2-2022 01:29 PM
sedangkan riba yang terang2 haram pon dihalalkan oleh perbankan islam

begitu jualah perjudian ni kelak

nama2 seperti roulette akan ditukar jadi al-raulah, blackjack akan ditukar jadi al-leubat waraq

pastu sebelum pasang bet, kena ada akad dengan tukang bagi kad terup, kununnya perkongsian keuntungan, untung tertangguh etc
Quote selipar_hijau 14-2-2022 01:33 PM
kemain UAE skrg, makan hati la netizen isle Msia tengok
Quote umbut 14-2-2022 01:34 PM
Pastu mengata uae akhir zaman nak kiamat
Quote Decaffeinated 14-2-2022 01:52 PM
ifanonline replied at 14-2-2022 11:48 AM
malaysia adalah sebuah negara Islam...malaysia adalah ahli OIC...negara2 Islam shj dpt masuk OIC.. ...

Tepatnya OIC tu negara yang majoriti ummatnya diandaikan Islam


Quote ChildrenOfBodom 14-2-2022 02:04 PM
Nnt lobai yg memaki UAE tak iselemik tu adalah lobai yg jaki pak2 ereb sana boleh enjoy ngn semua tu. Kat malaysia lobai2 terikat dan terikut dengan perangai nk jd ereb.
Quote kemaruk 14-2-2022 02:11 PM
umbut replied at 14-2-2022 01:34 PM
Pastu mengata uae akhir zaman nak kiamat

biasanya lobai yang nak cover malu akan tuduh UAE ni mazhab lain la, ataupon bagi alasan UAE nak tarik pelancong kapir etc

yang extreme sikit akan kaitkan UAE dengan agen dajal, jatuh kapir etc
Quote umbut 14-2-2022 02:25 PM
Lobai2 jadian yg bising2 kutuk2 uae tu sebenarnya jeless kan lobai sini pun nak berjimba tapi terpaksa lari oversea kat sini takut kantoi.. Terpaksalah cover ayat2 apa nak jadi dunia ni.. Giteww
Quote cmf_premierleag 14-2-2022 02:26 PM
baguslah.dapat mempercepatkan proses hari nak kiamat
Quote cmf_premierleag 14-2-2022 02:29 PM
so cikki2 yg jd bunny tukang sisip kad kat casino di dubai tu nanti depa pakai apa?
kalo biasa kita tgk depa pakai costume bunny rabbit
so hat ni depa pakai costume unta ka,biawak dhab fadang fasir ka, atau jubah abaya serba hitam jah....tp mcm bosan je kalo berabaya hitam
Quote asamfish 14-2-2022 02:50 PM
FOTHER-MUCKER replied at 14-2-2022 01:12 PM
Casino di UAE tu untuk pelancong sahaja. Warga tempatan diharamkan masuk. Jika orang arab nak bercas ...

Ye.  Sama lah dgn kedai2 arak, mmg ada pun, few places, tapi untuk pelancong atau resident yang bukan Islam jah.  Mcm tu jugak hidangan daging babi, ada je di mana2 hotel 5 bintang.  Dah lama.  Min zaman.  Tak pelik pun bagi org2 kat situ.  Macam ada sorang yang cakap earlier, population uae ni 90% adalah org asing dari pelbagai agama.  Itu belum dikira pelancong yang berderu2 di Dubai.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.075853 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top