Beberapa hari sebelum ini, penyanyi Daiyan Trisha memuat naik gambar selfie yang dilihat seperti manja dan menggoda di Twitter hingga mencuri perhatian netizen dengan gelagat wajahnya.
Namun, terdapat satu komen yang berjaya menarik perhatian Daiyan dan dia telah membalas semula kepada akaun tersebut. Peminat perempuan tersebut bertanyakan pada Daiyan "adakah dia meminati perempuan"? Ternyata seperti sudah lama dia 'try' mendapatkan perhatian Daiyan kerana sangat menyukai Daiyan. Tidak sangka pula Daiyan membalas pertanyaan tersebut dengan ayatnya "I love girls" hingga mendapat ratusan retweet dan tanda suka. Foto: Twitter Daiyan Trisha Setelah itu, tiba-tiba ramai pula perempuan membalas komen tersebut untuk cuba mengorat Daiyan dan mengajaknya keluar. Terbukti memang bukan lelaki saja yang benar-benar meminati Daiyan selama ini, perempuan juga mempunyai 'perasaan' terhadap Daiyan setelah membaca komen-komen tersebut. Apa maksud perempuan itu bila bertanya begitu pada Daiyan? Adakah peminat perempuan tersebut mempunyai perasaan dengan kaum sejenis atau sekadar suka-suka? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|