CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Tak Sanggup PdPR, Calon SPM Rayu Nak Belajar Bersemuka Di Sekolah

14-2-2022 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 840| Komen: 7

George Town – Rata-rata calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 menyokong tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan sesi pembelajaran secara bersemuka di sekolah walau pun dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat menjelang peperiksaan itu Mac ini.


Seorang calon, Aqil Hanafi, 18, berkata, dia menyifatkan kaedah pembelajaran secara langsung di sekolah adalah lebih berkesan dan mudah difahami berbanding sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Katanya, semestinya semua calon SPM ketika ini memerlukan tumpuan sepenuhnya di sekolah berbanding belajar sendiri di rumah di saat tarikh peperiksaan yang dijangka 2 Mac ini.


Foto: Kosmo


“Kami merayu agar KPM tidak melaksanakan PdPR sekali lagi. Kami mahu fokus dalam pe­periksaan dan tidak mahu emosi terganggu sehingga memberi kesan kepada keputusan nanti.

“Kami sambut baik keputusan KPM yang mahu meneruskan sesi persekolahan Mac ini biarpun berlaku peningkatan kes Co­vid-19,” katanya di sini semalam.

Seorang lagi calon SPM, Aina Syazwani, 18, berkata, pelaksa­naan SOP yang ketat seharus­nya dititikberatkan sepanjang sesi bersemuka selain dibelenggu­ dengan peningkatan penularan virus itu.

“Kami tidak kisah sekiranya SOP Covid-19 diketatkan lagi, janji kami dapat pergi ke sekolah seperti biasa sehingga cuti penggal akhir 2021 dua minggu lagi.

“Ini peluang akhir kami, calon SPM yang bakal menduduki peperiksaan penting bagi menentukan masa depan kami. Kami enggan belajar secara PdPR, kami lebih selesa belajar dengan guru di sekolah,” tegasnya.

Sementara itu, di Petaling Jaya, Muhammad Nukman Hazim, 18, berkata, dia dan rakan-rakan bersetuju dengan keputusan KPM itu memandangkan peperiksaan SPM 2021 pernah ditangguhkan kerana Covid-19.

“Keputusan KPM untuk meneruskan perjalanan peperiksaan SPM kali ini sangat bagus kerana kebanyakan kami telah bersedia untuk menghadapi SPM seperti yang dijadualkan.

“Jika SPM ini selesai, ini akan lebih memudahkan kami me­nyambung pelajaran serta merencanakan masa depan,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 14-2-2022 10:54 AM
Baguslaa usaha nak g sekolah. Harap anak buah iols dapat jawab exam ngn baik gak nanti. Tp dia asal cuti sekolah gigih plak pi keje part time bagai.
Harap jgn belajar sekerat jalan sambung la belajar lebih tinggi.
Takat keje kat kedai bundle tu utk topup tepon ko ke tukar tayar motor ko lepas laa tp nak tanggung anak dara org tak lepas jd sambung laa belajar biar ade pilihan kerja2 yg lebih bagus demi masa depan ko juga walaupun tak semestinya kena keje makan gaji boleh je jd bos dgn bina empayar sendiri bagai tp semua pun kena bermula dr bawah gak.
Quote monreyes 14-2-2022 01:17 PM
jgn kata student..kita yg keje ni pun malas nak layan zoom ni..kadang2 join buat syarat je...sbb on9 klas ni aku layankan aje anak aku nak balek umah sewa..padahal kalau stay kat umah sendiri lagi jimat duit aku..Uni ni nama je PHD ramai..x boleh ke fikir satu sistem penggiliran yg efektif  yg boleh allow student blajar f2f tapi x crowded..kalau klas smpi mlm pun apa salahnya
Quote Kitty_catz 14-2-2022 01:19 PM
pehtu kang ada cluster spm, korang amek kat pusat korentin ke acaner?
Quote HannahMuntanah 14-2-2022 01:23 PM
Ketinggalan la rakyat org lain dah move on.
Menteri2 sembap lembap baru nk meeting
Quote isseliparjepun 14-2-2022 01:32 PM
Calon SPM tak perlu la pdpr. Teruskan je lagi berapa minggu je pun nak examnya. Asalkan ikut SOP. Students lain boleh la pdpr. Bagi peluang kakak abang kamu belajar dengan tenang di sekolah.
Quote Artemesiaa 14-2-2022 01:32 PM
Kelas peperiksaan eloklah kesekolah masa dengan guru lebih lama
Quote honeybee1802 14-2-2022 01:33 PM
Aip bukan ke f5 sekolah harian seme dah pi sekolah takde penggiliran dah?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.093963 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top