CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dua Tahun Mengelak, Afdlin Shauki Akur Dijangkiti Covid-19

14-2-2022 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2012| Komen: 13

Selepas dua tahun bertahan dan mengelak daripada terkena jangkitan Covid-19, pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Afdlin Shauki terpaksa akur selepas disahkan positif virus tersebut.


Khabar duka tersebut dikongsinya menerusi hantaran terbaru dalam Instagram sebentar tadi berserta paparan skrin status MySejahtera terkini.


Foto: IG

“Maaf semua dah dua hari kena dan simptom makin menjadi cuma tiada sesak nafas lagi setakat ini.

“Maaf kalau tak dapat jawab panggilan atau balas mesej. Aku rasa Allah SWT mahu aku rehat sementara.


“Enam orang dari team (pasukan) aku kena selepas dua tahun lebih bertahan dari terkena Covid-19. Harap maaf atas kesulitan, tapi sekarang tiba masa untuk aku jaga diri aku,” tulisnya.



Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis turut mendoakan agar pelakon filem Papadom itu bertabah dan segera sembuh seperti sedia kala.

“Cepat sihat semoga dipermudahkan segalanya untuk abang.

“Tiba masa untuk abang rehat, penat sangat kerja. Tuhan mahu abang rehat dulu sekejap. Semoga semua dipermudahkan,” tulis netizen.



Terdahulu, beberapa selebriti tanah air antaranya Aishah, Iman Suhana, Intan Ladyana, Nabila Razali, Aprena Manrose dan Ariff Bahran turut disahkan positif Covid-19. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bedahmenjuyah 14-2-2022 10:14 AM
Moga segera sembuh achik afdlin
Quote jas7512 14-2-2022 10:18 AM
Syafakallah afdlin..at least dia ni xdelah menyakitkan hati netizens sgt mcm kwn baik dia si harith tu
Quote chikumanis 14-2-2022 10:21 AM
semoga diberikan kesembuhan afdlin...cantik anak3 dia..
Quote elzy 14-2-2022 10:29 AM
Virus ni susah nak elak, andai ditakdirkan dijangkiti, tawakkal saja..
Ambil tindakan sewajarnya..
Quote missus_meow 14-2-2022 10:44 AM
semoga cepat sembuh ...
Quote dudaberhias 14-2-2022 11:20 AM
Semoga cepat sembuh... Kuatkan semangat... Entah la virus ni di mana2 dah sekarang ni. Iols yang tak pernah test positive pun rasa macam dah pernah kena
Quote Suchi 14-2-2022 11:27 AM
Selagi blm kena mmg akan rasa risau je tp org kata utk kita kena berdepan dgn ketakutan kita tu barulaa kita dah tak takut dah.

Quote bankerpencen 14-2-2022 11:37 AM
Gelombang kali ni memang ramai yang terdekat, dan juga aku sendiri terkena covid ni. Jagalah diri baik2, dan ambillah booster. Alhamdulillah semua yang terkena covid pun semua Cat 1 & 2 je. Booster tu hanyalah satu ikhtiar, kalau taknak percaya pun, jaga je la diri baik2…
Quote kakakko 14-2-2022 11:42 AM
Moga cepat sembuh bro Afdlin.
Quote uda 14-2-2022 12:56 PM
Kenapa dia dapat Category 1? Category 1 kan untuk yang asymptomatic, takda symtoms. Dia kata dia ada symtoms so patut catergory 2 ke atas.
Quote eely_shana 14-2-2022 07:10 PM
Semoga cepat sembuh
Quote harisbee 18-2-2022 10:16 AM
uda replied at 14-2-2022 12:56 PM
Kenapa dia dapat Category 1? Category 1 kan untuk yang asymptomatic, takda symtoms. Dia kata dia ada ...

mungkin masa dia gi test positif tu...x de simptom lagi....jg doc rekod la cat 1.
lepas tu dia balik rumah...start ada simpton. perlu ke dia call kmm utk tukar cat?

Quote enot_sibudak 18-2-2022 10:20 AM
Suchi replied at 14-2-2022 11:27 AM
Selagi blm kena mmg akan rasa risau je tp org kata utk kita kena berdepan dgn ketakutan kita tu baru ...

belum pernah kena lg iols, tp bila dh slalu jd CC pun iols dh rasa bleh redho ja bila org bg kita bru CC... nk buat mcm mana.. org yg kena tu oun dia xtahu dia kena...????

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.117715 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top