CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cristiano Ronaldo Ludah Rakan Sepasukan?

14-2-2022 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1077| Komen: 2

Manchester: Sudahlah Manchester United keciciran mata buat kali kedua dalam tempoh seminggu, Cristiano Ronaldo pula dituduh ‘meludah’ rakan sepasukan, Anthony Elanga ketika pasukan itu seri 1-1 de­ngan Southampton kelmarin.


Rakaman insiden itu tersebar di media sosial, di mana Ronaldo kelihatan seperti meludah dan air liurnya terkena belakang kepala Elanga.

Bagaimanapun sudut kamera mungkin telah ‘menipu’ penonton yang memperlihatkan seolah-olah bintang berusia 37 tahun itu sengaja meludah pemain remaja Sweden tersebut.

Foto: via Utusan

Ronaldo memang meludah di belakang Elanga tetapi dia tidak berniat untuk melakukan perbuatan itu terhadap rakan sepasukannya.


Begitupun, ribuan pengguna media sosial, terutama penyokong United yang kecewa dengan keputusan seri di Old Trafford menggunakan situasi tersebut untuk turut ‘menyerang’ kapten Portugal itu.

“Sekurang-kurangnya dia berjaya menemui sasaran (meledak gol),” kata seorang pengguna Twitter.
Seorang lagi berkata: “Anthony Elanga, basuh kepala kamu dengan segera.”

United keciciran dua mata selepas berhempas pulas menentang Southampton, pasukan yang dibelasah 9-0 dalam pertemuan terakhir mereka di Old Trafford pada Februari tahun lalu, iaitu ketika The Saints beraksi dengan sembilan pemain ketika itu.

Selepas diejek oleh penyokong ketika meninggalkan padang, pengendali sementara Red Devils, Ralf Rangnick meminta pemainnya belajar menjadi lebih kental dan ‘keras kepala’.

Che Adams meledak gol penyamaan Southampton, tiga minit selepas babak kedua bersambung, sekali gus membatalkan jaringan pembukaan Jadon Sancho di minit ke-21.

Gagal meraih tiga mata juga menyekat hasrat United untuk melonjak ke kedudukan keempat liga, slot automatik ke Liga Juara-Juara musim depan.

Ini kali kedua United hilang mata selepas diikat 1-1 oleh Burnley dalam aksi ­terakhir liga, Rabu lalu. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 14-2-2022 02:18 PM
Manchester: Sudahlah Manchester United keciciran mata buat kali kedua dalam tempoh seminggu, Cristiano Ronaldo pula dituduh ‘meludah’ rakan sepasukan, Anthony Elanga ketika pasukan itu seri 1-1 de­ngan Southampton kelmarin.


Rakaman insiden itu tersebar di media sosial, di mana Ronaldo kelihatan seperti meludah dan air liurnya terkena belakang kepala Elanga.
Quote melinda_kerr 14-2-2022 02:25 PM
die ni pun kalis cacian ya..kalau ada apa2 mesti fans berjuta back up.. tpi apapun aku suka tengok  tunang dia.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2026 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.654315 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top