CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rela Dijamah Dua Jantina, Dulu Gian Dadah Je Sekarang Boy Gian Seks Sekali

14-2-2022 09:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3255| Komen: 27

Kuala Lumpur: Ketagihannya kepada dadah membuatkan seorang pemuda sanggup 'menjual' dirinya kepada pengedar tanpa mengira jantina semata-mata untuk mendapatkan barangan terlarang itu.


Sejak itu, selera dan naluri terhadap kaum sejenis bertambah kuat sehinggakan dia kini turut ketagih seks.

Bagi Boy, (bukan nama sebenar) yang kini menginjak usia 27 tahun berkata, dia mula mengambil dadah ketika berusia 18 tahun sebelum menjadi penagih tegar.


Foto: Harian Metro

"Saya tidak dapat meninggalkan bahan terlarang ini kerana begitu gian sehingga sanggup mencuri. Akibat ketagih dadah, saya juga menjadi ketagih seks," katanya.


Boy mendedahkan kisah hidupnya menerusi Aduan Jiwa siaran TV9 dalam episod Dihantui Nafsu - Dijamah Dua Jantina.

Bercerita lanjut, Boy berkata, demi bahan terlarang itu, dia sanggup melayani sesiapa sahaja.

"Tidak kira usia, lelaki atau wanita, ada tua dan sebaya tetapi demi mendapatkan bekalan saya sanggup melakukan hubungan seks dengan pengedar. Saya tidak fikir apa, janji dapat. Tetapi kesan pengambilan dadah sejak muda menyebabkan saya menjadi ketagih seks melampau," katanya.

Menurutnya, dia kini cenderung ke arah meminati lelaki untuk mendapatkan dadah.

"Saya tidak kisah lelaki macam mana, asalkan ada dadah, paling banyak saya pernah dibayar RM500. Susah nak dapat (bayar duit), kalau dapat dikira hari bertuah.

"Paling lama saya dapat bertahan dua, tiga hari saja, selepas itu saya mula mencari dadah dan juga pasangan. Saya juga tiada pelanggan tetap, sesiapa saja yang menawarkan dadah boleh melanggan saya," katanya.

Boy berkata, dia pernah dihantar ke pusat pemulihan oleh ibu bapanya namun hanya bertahan enam bulan sebelum melarikan diri.

"Saya rasa terseksa dan tidak boleh ikut peraturan, pengisian program pemulihan bagus, tetapi saya tidak boleh ikut.

"Ketagihan ini membuatkan saya susah nak tinggal terutama apabila bercampur dengan kumpulan sama," katanya.

Ditanya adakah keluarganya cuba memulihkan hidupnya, Boy berkata, dia kini dibuang keluarga dan tiada seorang pun yang mengambil tahu halnya.

"Saya cuba balik tetapi mereka tidak terima, malah saya dihalau berkali-kali kerana mencuri. Saya sudah tiada rasa dalam hidup ini, saya hanya hidup untuk hari esok, semoga ada cahaya menanti saya dalam kehidupan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 14-2-2022 10:00 AM
saya hanya hidup untuk hari esok, semoga ada cahaya menanti saya dalam kehidupan


bersemoga tp xde usaha, inisiatif sendiri
mengharapkan bulat dtg bergolek...

hmm good luck lh dek
struggle in life is real
Quote 3chanceno 14-2-2022 10:07 AM
Tak boleh salahkan family..dah ko yg lari dari pusat pemulihan tu & pulang ke rumah mencuri pulak..
Quote musangbodoh 14-2-2022 10:09 AM
kata lari dari pusat
pastu muncul dlm tv

ehhh apsal x kena tangkap yer....??
Quote dubuk 14-2-2022 10:12 AM
musangbodoh replied at 14-2-2022 10:09 AM
kata lari dari pusat
pastu muncul dlm tv

tangkap layar je la
Quote lattehazelnut 14-2-2022 11:51 AM
Org bodo je boleh kesian kat penagih..
Ko percaya la cakap drama sendu diorg..
Budak2 twitter suka la simpati kat penagih..
Quote Orix 14-2-2022 12:01 PM
soklan serius, ada ke eh kes org mati kt pusat pemulihan dadah sbb gian dadah ??? ngape dia x stay je pusat pemulihan tu, gian gigil2 pun bukan mati pun kan ? tp iols ckap jela xtau rasa n perasaan diorg gi mana... kot la gian smpi nk bunuh diri ke apa
Quote HannahMuntanah 14-2-2022 12:23 PM
musangbodoh replied at 14-2-2022 10:09 AM
kata lari dari pusat
pastu muncul dlm tv


Sesuai dgn nama engko. Pusat pemulihan tu byk guna approach voluntarily.

Ko nk lari lintang pukang ko punya pasal. Tangkap buat apa.. atas kerelaan diri ko jgk k nk berubah. Org lain x boleh paksa.
Quote tomiko_haza 14-2-2022 12:28 PM
orang macam ni dia hidup dgn stigma famili tak sayang, orang tak paham dia, semua dia buat salah, semua orang tak rasa apa dia rasa..bosan
Quote Artemesiaa 14-2-2022 12:49 PM
Kes macam ni kalau dia sendiri pun tak benar2 bertekad kuat semangat nak melawan benda tak betul tu macam mana nak berjaya.  Sekadar berharap orang lain bantu tak akan menjadinya.
Quote musangbodoh 14-2-2022 12:58 PM
HannahMuntanah replied at 14-2-2022 12:23 PM
Sesuai dgn nama engko. Pusat pemulihan tu byk guna approach voluntarily.

Ko nk lari lintang puka ...

heheee ade pengalaman ke??
Quote Decaffeinated 14-2-2022 01:02 PM
Ketagih seks tu bukan masalah besar. Kalau kau helok infact boleh jadi sumber pendapatan tak perlu mencuri. On je lah apps tu, sedap pun dapat.

Ketagih batu tu yang susah sikit. Ko tadah dapat lah chill together2 tapi nak makan tetap lah perlu duit.

Quote Adrif 14-2-2022 01:04 PM
ouh, baru aku paham kenapa lelaki muda zaman sekarang sanggup buat homoseks walaupun dia kata straight. semata-mata untuk dadah rupanya

tak tercapai akal aku diorang sanggup tonggeng untuk dadah
sebelum ni bila diorang kata "serah badan", aku ingat jual organ ke apa. paling maksimum aku sangka, diorang puaskan orang lain, role lelaki dalam berhubungan. rupanya jadi role penerima juga
Quote prettyuglybabe 14-2-2022 01:13 PM
ujung-ujung family jugak buruk sebab tak nak terima kau lagi..
Quote HannahMuntanah 14-2-2022 01:16 PM
musangbodoh replied at 14-2-2022 12:58 PM
heheee ade pengalaman ke??

It is called general knowledge la
Quote AbukRokok 14-2-2022 01:16 PM
bagi dia 20 dos lagi
Quote Gomea 14-2-2022 01:23 PM
Orix replied at 14-2-2022 12:01 PM
soklan serius, ada ke eh kes org mati kt pusat pemulihan dadah sbb gian dadah ??? ngape dia x stay j ...

Yes ade. Sebab sepanjang hidup dia, badan dia terlalu bergantung pada dadah. Badan dia kuat pon sebab dadah. Tapi ni selalunya siapa yang terjebak dengan heroin. Kalau meth iols tak tau
Quote Decaffeinated 14-2-2022 01:54 PM
Adrif replied at 14-2-2022 01:04 PM
ouh, baru aku paham kenapa lelaki muda zaman sekarang sanggup buat homoseks walaupun dia kata straig ...

percayalah sangat alasan je tu

actually memang bengkok pun


Quote xy_daen 14-2-2022 02:00 PM
Dalam kes ni aku rasa dadah cuma alasan..
Quote Jitu 14-2-2022 02:02 PM
dengar blh percaya jangan

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.316863 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top