CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Macam Tak Berakal, Ibu Gadai Nyawa Anak Sebab Sari Lagi Penting

14-2-2022 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1604| Komen: 15

New Delhi: Umpama tidak berakal, seorang ibu di India tergamak menggadai nyawa anaknya semata-mata mahu mengambil sari yang jatuh di tingkat bawah rumah mereka.


Satu rakaman video tular menunjukkan kanak-kanak itu berpaut pada cadar dari balkoni tingkat 10 untuk mengambil sari yang jatuh di tingkat sembilan pangsapuri di Faridabad.

Insiden itu dirakam penduduk yang tinggal bertentangan bangunan diduduki anak beranak itu.


Foto: Agensi

Menurut laporan, wanita itu mengikat anak lelakinya itu dengan cadar untuk mengambil sarinya.


Video yang diulang kongsi pegawai polis, Dipanshu Kabra di Twitter menunjukkan kanak-kanak itu berpaut pada cadar manakala ibunya dan ahli keluarga lain menariknya ke atas.

Tindakan mereka itu dikecam dan menjadi kemarahan warganet kerana membahayakan nyawa kanak-kanak itu.

Jirannya berkata, wanita itu tidak meminta bantuan atau nasihat sesiapa untuk mendapatkan kembali sarinya yang terjatuh di balkoni sebuah rumah yang berkunci.

"Dia sepatutnya berhubung dengan kakitangan penyelenggaraan daripada membahayakan nyawa anaknya sendiri," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote darkness 14-2-2022 09:44 AM
Otak tu tergelincir dr tempat asal. Tu sb jadi gila skjp
Quote Buritan 14-2-2022 09:46 AM
darkness replied at 14-2-2022 09:44 AM
Otak tu tergelincir dr tempat asal. Tu sb jadi gila skjp

Dah kiok ayoyo ayoma ayopaaa..
Quote sukacactus 14-2-2022 09:54 AM
Mati sorang buat lg
Quote Samerosie 14-2-2022 09:58 AM
bodoh ya amat, laki kau yg gundu tu buat apa?  suruh dia la panjat turun.
Quote darkness 14-2-2022 11:09 AM
Buritan replied at 14-2-2022 09:46 AM
Dah kiok ayoyo ayoma ayopaaa..

Sambil tepuk2 dahi
Quote naina 14-2-2022 11:13 AM
Buat macam filem la tuhhh
Ikat pakai sari je
Cehhh
Quote Buritan 14-2-2022 11:26 AM
darkness replied at 14-2-2022 11:09 AM
Sambil tepuk2 dahi

Itu plg epikkkkk
Quote Decaffeinated 14-2-2022 02:10 PM
keluarga ni trapeze artists circus india kot dah lama takde job takut skill berkarat

setakat gayut2 amik saree tu macam makan kacang ja
Quote Artemesiaa 14-2-2022 02:12 PM
Nasib tak ada kejadian buruk terjadi.  
Quote kemaruk 14-2-2022 02:13 PM
india berbangsa melayu ke tu
Quote Jitu 14-2-2022 02:45 PM
nnt blh kerja jd stunt performer
Quote Skuau 14-2-2022 02:48 PM
ala...cam citer tamil/hindi jer...pon.
Quote I.K.A888990 14-2-2022 03:27 PM
sari emas ke apa sampai bodoh korbankan anak
Quote Rayna90 14-2-2022 03:34 PM
Sorry to say, bangsa dari negara ni memang no common sense. Jiran aku Gujerat mari, langgar pasu aku letak dekat garden shed, lepas tu pasu terracotta pecah tu dia kutip baling balik dekat shed. Aku tau sebab laki aku nampak depan mata, then takde kata sorry or nak ganti. Buat bodoh je then aku confront dia cakap at least kau dah langgar, buang la debris pasu tu. Dia buat bodoh je seminggu biar je tak buang. Aku yang sakit hati tengok, aku buang. Laki aku suruh kutip balik letak atas kereta depa, aku malas nak sambung gaduh. Dasar tak tau adab berjiran and common sense. Duduk negara western, perangai still Gujerat
Quote missus_meow 14-2-2022 03:36 PM
ngerinya ... nasib baik tak jadi apa2 ... canerlah ada mak mcm ni gaya ...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.036755 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top