CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Dia Takkan Ganggu Kamu Lagi' - Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui Kerana Anak Autisme

12-2-2022 02:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7991| Komen: 84

Ribuan mesej membanjiri perkongsian seorang bapa yang meluahkan perasaan sedih berhubung situasi dihadapi keluarganya yang terpaksa berpindah kerana kontrak sewaan kediamannya tidak diperbaharui.


Menerusi perkongsian yang dibuat di laman Instagram, Iman Wan Tuck Meng berkata, ia dipercayai berikutan aduan dibuat jiran-jirannya yang kurang menyenangi kehadiran anak istimewanya, Adam, yang menghidap autisme.


Kredit foto: IG adamsautismfamily

Walaupun terkilan, Iman memohon maaf kepada jirannya sekiranya timbul ketidakselesaan sepanjang keluarganya menetap di situ.


Anak kedua Iman Wan, Adam, 20, disahkan menghidap 'Autism Spectrum Disorder' (ASD) dan gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) sejak berusia dua tahun enam bulan.

Sementara itu pada bahagian kapsyen, Iman Wan yang juga bapa kepada tiga cahaya mata menjelaskan, anak lelaki tunggalnya itu bukan membuat bising setiap masa.


Kredit foto: IG adamsautismfamily

Sungguhpun begitu, Iman Wan berkata dia dan keluarganya reda dengan apa yang berlaku dan yakin dengan takdir Allah.

"Sebab saya membuat perkongsian ini adalah supaya keluarga yang mempunyai keadaan yang sama akan tahu bahawa tidak semua orang boleh menerima individu autistik seperti anak kami.

"Kami perlu bekerja lebih keras dan terus mendidik tentang kesedaran, penerimaan dan pemahaman autisme. InsyaAllah," tulisnya dalam perkongsian pada Jumaat.

Menjengah ke ruangan komen, majoriti netizen meluahkan rasa simpati terhadap situasi yang sedang dihadapi keluarganya.




Malah, ada yang menawarkan agar keluarga Iman Wan berpindah ke kawasan kejiranan mereka yang lebih berfikiran terbuka.

Sementara itu menerusi satu hantaran di IG Story tidak berapa lama selepas perkongsiannya, Iman Wan menzahirkan rasa terharu dan terima kasihnya yang tidak terhingga dengan keprihatinan warganet.




Adam's Family dikenali di Instagram kerana sering berkongsi mengenai aktiviti keluarga dan dalam masa yang sama cuba mendidik masyarakat mengenai autisme.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 12-2-2022 05:19 PM
Neber aku, also kazen ku is gila, dia ada time² dia, dr kecik dh terbiasa, tp x pernah rasa terganngu, yg buat aku terganggu neber yg dok ram² moto siang malam x kira magrib pun, yg tu mmg aku menyumpah..
Quote naina 12-2-2022 05:26 PM
Oh seriuslahh. Rumah dia cantik kot Deco ingat kan memang rumah sendiri. Sure mahal sewanya. Btw anak dia macam behave je. Memang lah nampak tantrum tapi sampai ganggu jiran2 tu cmne..bising2 ni biasalah. Anak aku pun bising gak. Aku pun bising gak menyinga dengan anak2 aku.koh3.. normal lah utk yang ada anak2 sedang membesar ni
Quote fealefea 12-2-2022 07:02 PM
Mudah menulis tapi kalau yakin, mampukah anda menjadi jiran beliau. Parent die shield Adam dari cederakan org lain. Kalau diorg takde nanti sape nk take over. Dah la semua adik beradik perempuan. Semoga tabah famili Adam walau apa pon.
Quote mama_cat 12-2-2022 07:45 PM
mcm pak menakan aku, anak dia down syndrome tapi yang sgt teruk, kiranya ada tantrum, tak boleh communicate, suka hempas2 badan ke lantai.. masa depa dok kondo kat Penang, jenuh lapik lantai ngan tilam takmau bergegar jiran bawah, last2 beli sekeping tanah kat area gurun, buat rumah and ada kwasan seluas alam untuk anak dia main, and jiran depa mcm jauh sikit.. pakcik aku berulang gurun-penang dekat 20 tahun before pencen demi anak dia...  org komplen, pandang pelik, semua ada msa dok penang... mmg mentally exhausted...
Quote airmineral 12-2-2022 07:51 PM
simpati dgn keluarganya
yg jiran²nya i harap mmg ada solid reasonla
mungkin drg pun jaga org sakit agaknya dan mmg beli da rumah situ
Quote LostStar 12-2-2022 09:26 PM
Umah sikit pny cantik sewa rupanya.. ingatkan rumah sendiri..
Quote Lista 12-2-2022 09:29 PM
LostStar replied at 12-2-2022 09:26 PM
Umah sikit pny cantik sewa rupanya.. ingatkan rumah sendiri..

Tulah ingatkan rumah sendiri...rumahnya cantik, isterinya pandai kemas.
Quote Lista 12-2-2022 09:37 PM
Pernah berjiran dengan ada anak masalah autisme..
Tak semudah yang disangka yea.
Rasanya lebih baik hindarlah post tentang tantrum Adam ni kat IG.
Kadang2 jiran tak faham..tambah lagi duduk berjiran dengan high class ni.
Semoga dipermudahkan urusan semuanya.
Quote exclusive_vvip 12-2-2022 10:15 PM
turut bersimpati sbb i penah keje dgn anak2 oku ni…tapi imanwan n wife ada usaha bagi ubat tak? bukan apa, parents anak2 oku @ autism @ adhd kat malaysia ramai yg xnak bagi ubat pd anak2 diorg..pdhal itupun sejenis usaha juga..
Quote Levespa 12-2-2022 10:30 PM
walaupun bersimpati tapi tak boleh salahkan jiran jugak kalau diorang rasa terganggu.. semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan untuk diorang jumpa rumah baru yang luas dan jauh dari jiran2.. atau jumpa jiran2 yg betul2 memahami
Quote eyansss 12-2-2022 10:41 PM
menyewa rupanya…  tapi soalan jujur ni…  rasanya family dia earn a lot jugak dari subscribers youtube n fb and all…  dan ada jual oil yang dia guna pada anak dia…  kenapa tak beli je rumah banglo supaya ada ruang besar dan jauh dari jiran…
Quote kotakominami 12-2-2022 11:44 PM
Selagi tak dgr cite dr side jirans dia, i reserve my comment....sebab dlm keluarga i pon ade autism...and its hard.....kita pon tak tau sebab sebenar boleh jadi takde kena mengena pon dgn anak dia.....lgpon aku ade mix feeling dgn parent yg buat video anak tgh tantrum...nak buat video awareness tu sgt ok...cuma susah nak ckp tp imagine you dlm keadaan vulnerable, you takde ability to refuse being recorded, and there your videos...throwing tantrum.....sorry
Quote jas7512 13-2-2022 12:07 AM
I ada anak jiran yg ada adhd but i love to interact with him...mak dia pun dr kecik bawa anak dia gi terapi so ada perubahah tve lah but really loves to play with this little boy...dia maybe ada mild je kot autisme so mmg blh kawal lah...and energy dia mak dia salurkan kat xtvt swimming..klu tak mmg ligat aktif...i hrp iman dipermudahkan usahs utk ada rumah yg selesa utk anak beranak dia....
Quote hareeeesah 13-2-2022 12:28 AM
Dia ni bukan haritu bff dgn acik royani ke? Skrg kwn lg ke x iolls dah lama x follow dorg ni..
Semoga Allah permudahkan urusan mereka..
Quote TomyamPuteh 13-2-2022 12:29 AM
Anak jiran aku yg tak autisme ni pun bising mngalahkan hape. Menangis dari pagi membawa ke malam. Parents dia pekak gamaknya.
Quote 234126 13-2-2022 12:46 AM
Kalau jenis yang inform jiran bagitau ada anak istimewa ke apa patut la kena tolak ansur kan. Hidup berjiran. Tapi kalau jenis in denial kids macam monyet terlolong terpekik pagi ke petang subuh ke isyak kau mintak maaf pun tak inikan nak ngaku ada anak nakal atau istimewa sebab ego mendapatlah kalau kena sumpah seranah jiran-jiran.
Quote makbedah 13-2-2022 04:23 AM
I pernah baca post dia pasal anak2 autism sebab I pun mmg volunteer bahagian Ni. Tapi masa dia jual oil Tu, gigih dia ckp anak dia, dia tak bagi ubat n oil tu sebab tu kurang tantrum.
Quote makbedah 13-2-2022 04:24 AM
N I pun ingat dia beli rumah tu. Ye lah anak bongsu pun dia mampu htr private kan
Quote Lily_Elizabeth_ 13-2-2022 08:24 AM
LostStar: Umah sikit pny cantik sewa rup ...


Mana uols tgk gambor rumah dia. I tgk tu sekeping aje.
Pity I pada Adam. Dah menua umur 40an mcm manalah. Siapa nak jaga. Sedih.

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.159839 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top