Selepas 22 tahun, Terry Walsh dari Australia akan kembali semula ke negara ini dengan peranan untuk memulih dan mengembalikan zaman kegemilangan hoki Malaysia di persada antarabangsa. Walsh yang pernah menjadi ketua jurulatih negara dari tahun 1990 hingga 1993, bakal dilantik sebagai Pengarah Teknikal Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) selaras dengan rancangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk meningkatkan prestasi sukan itu. Dia sebelum ini bertanggungjawab membawa India layak ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janerio, Brazil selepas membimbing pasukan itu menjuarai Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan selepas 16 tahun Menurut Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Walsh secara dasar bersetuju dengan tawaran itu dan kemungkinan akan memulakan tugas pada Ogos atau September ini.
"Beliau akan diberi peranan untuk membangunkan sukan hoki secara total dan bukan secara spesifik, baik untuk skuad lelaki mahupun skuad wanita," MSN akan mengadakan perbincangan dengan MHC selepas Aidilfitri ini sebelum memuktamadkan pelantikan Walsh dalam tempoh terdekat ini. - |
4
Bagus |
6
Marah |
1
Terkejut |
6
Sedih |
3
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT