CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiada Pilihan, Harris Baba Pilih Berjauhan Dengan Anak Bini Demi Karier

12-2-2022 01:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3089| Komen: 17

Lebih sembilan bulan berjauhan dengan isteri dan anak-anak, penyanyi Harris Baba akui bukanlah satu situasi mudah untuk dilalui kerana terpaksa kembali ke Singapura bagi meneruskan kerjaya seninya.


Bagaimanapun Harris atau nama sebenarnya Khawaja Mohammad Harris Baba, 32, bersyukur isteri yang menetap di Sabah sangat memahami dan menyokong setiap keputusan dibuat.


Kredit foto: IG Harris

“Bukan satu keputusan mudah untuk terus tinggal lama di Singapura. Perancangan asal hanya untuk balik melawat ibu ibu bapa saya.

“Kemudian beberapa tawaran berlakon iklan dan drama mula datang. Alhamdulillah ia perkembangan yang baik untuk kerjaya saya juga.


“Saya tiada pilihan kerana masih mahu berkerja dalam bidang seni, jadi terpaksa berjauhan dengan keluarga. Isteri saya sangat memahami dan menyokong kerjaya saya,” ujar Harris kepada mStar.


Kredit foto: IG Harris

Bagi Harris ini merupakan pengorbanan yang terpaksa dilakukan selain mengambil peluang berada di Singapura bagi menjaga ibu bapa yang semakin berusia.

Untuk rekod, Harris sebelum ini aktif dalam industri seni Malaysia dan popular dengan lagu Katakan selain menjadi peserta program Dua Star bergandingan dengan Ning Baizura.

“Buat sementara waktu ini saya terpaksa berkorban berjauhan dengan isteri dan anak-anak.

“Sepanjang berada di Sabah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini memberi kesan terhadap emosi saya kerana tidak dapat berjumpa ibu bapa.

“Jadi inilah peluang untuk saya luangkan masa dan menjaga mereka,” ujarnya.


Kredit foto: IG Harris

Terdahulu, Harris memuat naik beberapa keping gambar berserta ucapan manis buat anak perempuannya, Aleena Ziya yang menyambut ulang tahun kelahiran kelima.

Semestinya tidak dapat mengelak dari perasaan rindu setelah sekian lama berjauhan, Harris akui berasa sunyi setiap kali bersendirian.

“Saya sentiasa sibukkan diri dengan jadual kerja, jadi dapatlah lari dari perasaan rindu terhadap anak-anak di sana.

“Cuma apabila ada masa lapang dan bersendirian, saya akan rasa sunyi. Tidak boleh digambarkan dengan kata-kata bagaimana saya merindui mereka.

“Saya rancang untuk pulang ke Sabah pada hujung Februari dan selepas itu akan kembali semua ke Singapura untuk urusan kerja,” jelasnya.

Harris mendirikan rumah tangga dengan dengan usahawan asal Sabah Nik Naziha Zawawi pada Mei 2016. Selain Aleena, pasangan ini turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Muhammad Umar, 4, dan Aleeya Ziya, 2.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote purplelilac 12-2-2022 02:29 PM
Harris ni ensem tp sayangnya bini dia biasa je. Tp org kaya kan…. So jadi lah org kaya
Quote nakkomenjugak 12-2-2022 04:26 PM
Apa je produk heols ni selain dari ala2 iras acik Zayn Malik?

tapi kalau iol jadik minik heol, memang iol boast dapat jejak herloksss
gilaaa ko
muka desa nan permai hiniiiii dapat jejak herloksss
sujud sukurrrrr gituhh
Quote cruz2 12-2-2022 04:34 PM
HB ni birasnya nelissa kakaknya ummi bilal la kan?
Quote Normabaru 12-2-2022 07:08 PM
cruz2: HB ni birasnya nelissa kakakny ...


Yang lakinya nk bertanding kt Sabah tu ek..
Quote hyie 12-2-2022 08:19 PM
heols nak masuk market Melayu, tapi cakap BM pon tak berapa fluent, susahlah. Sekarang tak pasti camne.
Quote uori 12-2-2022 08:43 PM
dia nih bukan dah bersara ke? altimet sangat perangai tauuu
Quote stinger987 12-2-2022 08:55 PM
@Dwdrum..mungkin nak beri sepatah kata dulu dulu(line jep sepahtu reunion)

Kahkahkahkahkah
Quote whimsicalmusic 13-2-2022 10:51 AM
Nama anak x consistent..umur anak pn xconsistent..tbalik2..apo punya wartawan
Quote selipar_hijau 13-2-2022 12:31 PM
Anak² takde ikut muka dia eh
Quote helicornia 13-2-2022 01:25 PM
Anak yg 1st dulu masa kecik ya rabbi comelnya.bam bam sgt
Quote chocobozhere 13-2-2022 01:54 PM
Baru tengok ig Harris ni. Susah nak tengok gambar wife dia kan. Banyak gambar dgn artis lain n mak dia je. Harris ni ensem sungguh.. Huhu
Quote shiuji 13-2-2022 02:41 PM
Sorry... tapi karier apa? [em:24:]
Quote Cpkay 14-2-2022 11:56 AM
bini orka takpelah ditinggalkan kejap.. bini pun tak kisah kot..
Quote Cpkay 14-2-2022 11:57 AM
selipar_hijau replied at 13-2-2022 12:31 PM
Anak² takde ikut muka dia eh

haah.. semua muka ala ala sabahan sana.. putih cina
Quote chikumanis 14-2-2022 12:41 PM
Cpkay replied at 14-2-2022 11:56 AM
bini orka takpelah ditinggalkan kejap.. bini pun tak kisah kot..

sebab bini dia tahu, kalau dia yg tinggalkan HB ni, mau HB yg gila talak

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.121534 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top