Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan menerima laporan insiden seekor ular menyusur dalam pesawat AirAsia penerbangan AK5748.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kapten Chester Voo berkata, sekumpulan Inspektor Operasi Penerbangaan CAAM turut sedang giat memantau situasi semasa pesawat berkenaan. “Malah, pesawat model Airbus A320 itu sudah menjalani proses pewasapan penuh sebagaimana ditetapkan prosedur operasi standard,” kata beliau menerusi kenyataan di sini semalam. Insiden cemas itu dilaporkan berlaku ketika penerbangan domestik rutin dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang menuju ke Tawau, Sabah pada Khamis lalu.
Pesawat berkenaan berlepas pukul 5.41 petang namun kemudian terpaksa dilencong ke Kuching, Sarawak untuk melakukan pendaratan kecemasan pada 7.13 petang hari tersebut. Ia tular diperkata warganet susulan perkongsian video rakaman eksklusif berdurasi 20 saat menerusi aplikasi TikTok oleh seorang pengguna media sosial dengan nama Edal8808. Kes itu juga diberikan liputan luas media asing antaranya portal akhbar popular Britain, The Mirror; stesen penyiaran Singapura, CNA dan laman berita Newsweek dari Amerika Syarikat. Mengulas lanjut, Voo berkata, CAAM sudah mengesahkan bahawa semua penumpang dan anak kapal AirAsia adalah selamat sebelum mereka meneruskan perjalanan ke destinasi akhir. “CAAM akan terus memantau perkembangan terkini dengan pegawai bertanggungjawab dari syarikat tersebut untuk memastikan segala mitigasi risiko diuruskan sewajarnya,” kata beliau. Sumber: UTUSAN |
cmf_premierleag replied at 12-2-2022 03:06 PM
so possibilities:
- ada org seludup ular dr sabah ke KL
- ular x sengaja tersesat masuk dr awal lg s ...
cmf_premierleag replied at 12-2-2022 03:06 PM
so possibilities:
- ada org seludup ular dr sabah ke KL
- ular x sengaja tersesat masuk dr awal lg s ...
ADVERTISEMENT