CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Dah Viral, Buat Apa Masuk Program Realiti?" - Azman Naim

12-2-2022 12:44 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 4355| Komen: 18|Original author: LilRose

Sudah berulang kali ditolak, namun Azman Naim tidak henti-henti dipelawa menyertai rancangan realiti televisyen.


Kredit foto: IG

Penyanyi lagu parodi yang kini giat aktif dalam industri lakonan bagaimanapun menjelaskan dia bukan seorang yang cerewet.


Kredit foto: IG

“Sebenarnya ada tiga pihak ajak saya masuk program nyanyian realiti sejak viral zaman PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) fasa 1 dahulu.


“Tapi saya tolak atas beberapa sebab tertentu. Berulang saya tolak tapi tetap dipanggil. Ada yang sampai hari ini hubungi saya,” tulisnya.


Kredit foto: IG

Azman, 44, mengakui dirinya tidak terlalu berbakat dalam bidang nyanyian dan bukan semua genre boleh dibawanya.

"Ada yang kata 'Abang join la, nanti boleh viral'.

"Saya dah viral, buat apa nak viral lagi guna cara awak?

"Dan adakah sesuatu yang viral itu memang bagus" tempelaknya.



Kredit foto: IG

Tegasnya, dia bukan cerewet. Sebaliknya, semua orang perlu tahu di mana letaknya harga diri masing-masing.

Tambahnya, kalau dia sertai program berkenaan, semuanya boleh 'hancur' dan 'reset' terus! - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Marunggey 12-2-2022 02:08 PM
Bagus pendiriannya. Jangan la jadi mangsa kerakusan stesen TV nak raih viewers
Quote apikwaeh 12-2-2022 02:37 PM
Salute kat ko bang!
Ada harga diri. Ada prinsip. Sekarang zaman melacurkan harga diri dah x ada rasa apa. Janji terkenal, janji kaya. Generasi terabai dgn akhlak merundum pun tak apa.. Sedihhhh
Quote sleepandream 12-2-2022 03:51 PM
bila orang dah start puji2 program tv indon.... mmg rosak teruk dah industri kita ni
Quote ezacbee 12-2-2022 03:54 PM
Jangan bergegar sekarang. Takut jadi cam abam viva.
Quote Cekla 12-2-2022 04:00 PM
bagus..ada prinsip dan pendirian..
tidak mudah hanyut dgn populariti
Quote nakkomenjugak 12-2-2022 04:34 PM
moga tak propa yachhhh!
Quote Belibis 12-2-2022 05:23 PM
ezacbee: Jangan bergegar sekarang. Taku ...

Aku pun terpikir gitu jugak..kang dapat 4x4..SBK..hilang prinsip misip bagai.
Quote naina 12-2-2022 05:31 PM
Memang xsedap pun heols nyanyi
Ritu perform dekat abp kot
Sumpah aku tak faham butir2 sebutannya
Nyanyi lagu apa tah
Jadi rengsa plak aku berkerut2 nak fokus pendengaran dan melodinya
Quote mizzmimi 12-2-2022 05:35 PM
Betul la heols cakap tu. Lagipun dah ada bisnes semua kan. Asal nyanyi parody pon utk suka2 bukan untuk jadik retis pon..
Quote mizzmimi 12-2-2022 05:57 PM
Setuju sangat bab perosak industri seni tu. Yang rosakkan sape? Tettt
Quote orkidorkido 12-2-2022 06:10 PM
apikwaeh replied at 12-2-2022 02:37 PM
Salute kat ko bang!
Ada harga diri. Ada prinsip. Sekarang zaman melacurkan harga diri dah x ada r ...

Tak kaya mana pun, kaya syok sendiri. Tapi zaman semua nak terkenal
Quote doubleharmonic 12-2-2022 06:40 PM
ezacbee replied at 12-2-2022 07:54 AM
Jangan bergegar sekarang. Takut jadi cam abam viva.

takut jilat balik ludah sendiri cam nek enjut dan debah nour. mula2 kata taknak join lepastu jadi peserta jugak? eh tapi diorang masuk pon boleh sampai ke final yachhh

Quote Mary_jane 12-2-2022 08:07 PM
Biasa lah netizen ni benda hits sikit kejap je nak viral. I tengok dia perform kat tv3 tu, satu hape i tak faham. Nak kata kelakar, tak kelakar. Entertaining tu jauh sekali. So kiranya dia sedar diri lah juga by not accepting all the offers.
Quote elzy 14-2-2022 08:40 AM
Artis viral lepas muncul di tv terus jadi celebrity segera..
Quote Cpkay 14-2-2022 12:01 PM
bagus bang.. dunia hiburan ni memang banyak drama
Quote mamajawie 14-2-2022 04:03 PM
ezacbee replied at 12-2-2022 03:54 PM
Jangan bergegar sekarang. Takut jadi cam abam viva.

baru nak cakap benda sama..jangan beria sangat kang jilat balik ludah sendiri cam abang VAVI tu..

Quote eely_shana 14-2-2022 07:06 PM
Siapakah?? Penyanyi baru ke
Quote helicornia 15-2-2022 08:54 AM
grumpy nye muka mamat ni

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.058524 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top