CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hilang Lepas Pergi Sekolah, Mana Pavira?

12-2-2022 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4263| Komen: 27

Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketari, Bentong hilang selepas pergi ke sekolah kelmarin.

Mangsa P. Pavira, 15, disedari hilang apabila tidak pulang ke rumahnya selepas waktu persekolahan.


P. Pavira.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, polis menerima laporan mengenai kehilangan mangsa yang dipercayai tidak berada di kawasan sekolah pada pukul 4.41 petang kelmarin.

“Pengadu yang merupakan ibu saudara mangsa berusia 48 tahun menerima panggilan daripada bapa mangsa memaklumkan menerima panggilan telefon daripada pemandu van berusia 60 tahun bahawa mangsa tidak menaiki van selepas tamat waktu persekolahan.


“Hasil siasatan awal polis mendapati mangsa yang merupakan pelajar SMK Ketari tidak pulang ke rumah selepas waktu persekolahan kira-kira pukul 12 tengah hari,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya pada masa ini polis masih melakukan siasatan bagi mengesan mangsa yang didapati hilang selepas pergi ke sekolah.

Beliau memberitahu mangsa dipercayai tinggal bersama ibu saudaranya hampir setahun manakala kedua ibu bapa mangsa menetap di Kuala Lumpur.

“Mana-mana saksi yang melihat mangsa diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis dengan menghubungi Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 atau balai polis berhampiran,” ujarnya. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 12-2-2022 01:28 PM
Cantik orangnya
Quote edayildiz 12-2-2022 01:35 PM
cantikk..mcm nama bdk opis i yg kena marah smlm...dia dtg wktu yg slh mmg kena..
Quote tikusmontok 12-2-2022 02:00 PM
Selagi boleh nak jugak mencapab...tak bapak, mak, atuk, opismate pun boleyy la.
Quote epal21 12-2-2022 02:01 PM
Sweet je muka adik ni. Harapnya ditemui selamat. Janganlah lari ikut boyfren.
Quote Artemesiaa 12-2-2022 02:03 PM
Ikut BF kot
Quote hyie 12-2-2022 02:17 PM
meols teringat sugu pavitra yihhhhh
Quote zehra2 12-2-2022 02:21 PM
cantik manis.. lari balik rumah parents kot
Quote LoveSungmin 12-2-2022 02:31 PM
cantik budaknya.. semoga selamat..
Quote glump 12-2-2022 02:54 PM
Cantik budak nie .
Pomen India dekat umah nie pun ada skandal seusia ni. Pagi antar skandal pi sekolah kadang2  Tak sekolah  sejak PKP dah Tak sekolah. Nak kata kawin bawah umur tapi family lelaki tu budak perempuan dok sekali ngan anak dia ,family budak pompuan tu Tak tau pulak
Quote wirazam 12-2-2022 05:47 PM
zehra2 replied at 12-2-2022 02:21 PM
cantik manis.. lari balik rumah parents kot

Ha ah..mesti nak Caro parent yg duk kl tuh

Tapi budak nih mmg cantik..semoga  dpt dijumpai semula dgn selamat
Quote TeropongThaico 12-2-2022 06:29 PM
Jangan lari ikut bf dah la. Teringat kejadian last few years masuk berita konon kena kidnap tu. Actually ikut bf juga. Rakan sekelas anak ai. Skrg dah tak sekolah pun dah.
Quote Belibis 12-2-2022 08:27 PM
edayildiz: cantikk..mcm nama bdk opis i y ...

Mak datin period ke?? Asyik marah2 sajork..
Quote Jitu 13-2-2022 12:29 AM
manis orangnya
sbb BF lah aku rasa ni
Quote hareeeesah 13-2-2022 12:40 AM
Ada selisih faham dgn family ke sampai lari
Quote kakikuDibibirmu 13-2-2022 12:41 AM
Sagu Pavita tersenyum sinis
Quote spankee_fili 13-2-2022 09:41 AM
Kalau ikut bf tu takpe lagi, jangan kena culik dah la
Recently ada baca wa circulation pasal harga organ, semoga adik ni selamat hendaknya
Kalau lari ikut bf, harap telefon bagitau parents
Quote cmf_premierleag 13-2-2022 10:04 AM
Semoga selamat ditemui dan kembali pd keluarga
Quote namieamuro 13-2-2022 11:13 AM
cantiknye. kalah acik ramilah. moge adik ni ditemui segera. tanak ler dgr pengakhiran yg pahit.
Quote sayawifenikmie 13-2-2022 02:57 PM
... cantik ... semoga dia sekadar menakal nakal di mana mana ...

baru2 ni kat BBBangi .. ada seorang budak lelaki tak muncul di sekolah .. cikgu bagitahu parents dia (mak dia pun cikgu kat sekolah yg sama rasanya),  so parents buat lapuran polis (tengahhari). Polis kata tunggu sampai lepas habis waktu sekolah .... and jenggggg ... dalam kul 7 gitu ... anak dia dah dijumpai ... hehe .. memonteng lah tu ngan kawan2 ... polis dahtahu sangat patent nya ... gamaknya ..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.060011 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top