|
Sumber: Tiktok Wawa Cosmetics Siapa yang tidak kenal kalau disebut nama pasangan selebriti kegemaran ramai iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Mana tidaknya, tidak hanya bagai cincin dengan permata malah aksi lucu mereka berdua yang suka mengusik antara satu sama lain juga menyebabkan mereka seringkali menyebabkan ramai netizen terhibur.
Sumber: Instagram Wawa Zainal Hal ini menyebabkan peminat dan netizen sudah cukup kenal dengan perangai lucu Aeril Zafrel dan ternyata, Wawa Zainal juga tak kurang kelakarnya. Baru-baru ini, satu video telah dimuat naik menerusi akaun Tiktok Wawa Cosmetics yang menyebabkan netizen dan peminat terhibur. Kelihatan di dalam video itu Wawa sedang bersalam tangan dan seperti hendak 'mengigit' tangan Aeril Zafrel sebelum keluar dari kereta. Tetapi di bahagian akhir video Wawa Zainal sempat mengusik kembali suaminya itu dengan muncul di skrin kamera belakang kereta Aeril Zafrel. Kini, video itu telah ditonton sebanyak 22 ribu kali di Tiktok. Gelagat Wawa Zainal dengan mengusik kembali Aeril Zafrel di akhir video menyebabkan ramai netizen terkejut apabila tiba-tiba sahaja muncul wajah pelakon ini di skrin dalam kereta. -CARI Sumber: Tiktok Wawa Cosmetics |
lyshafull replied at 12-2-2022 01:21 AM
Content semata la netz mende x leh fikir ke
Cium tgn lepastu camera hp terus halas screen reverse a ...
che-cikL: Lawak ke?Bukan kalau kamera dah nyala, dah masuk gear R? Walaupun content dah planned bagai, kalau jadi ikutan BBNU lain macamana? Kalau driver terkej ...
dudaberhias replied at 11-2-2022 10:43 PM
ewwww geliii n zik zik... kapel yang menggelikan carta no. 3....
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.046710 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.