CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Excited Soraya First Time Makan Aiskrim Sampai Goyang-Goyang Badan,"Netizen Terhibur Tengok Anak Ain Edruce

11-2-2022 05:21 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2729| Komen: 8|Original author: Cinta Erina

Sumber: Tiktok Ain Edruce

Baru-baru ini Ain Edruce telah memuat naik satu video baru di akaun Tiktoknya. Video tersebut menunjukkan Ain sedang menikmati aiskrim sambil memangku Soraya di ribanya. 

Sama seperti bayi yang lain, mereka pasti ingin mencapai setiap benda yang dipegang oleh sesiapa yang berdekatan dengan mereka. Itulah yang dilakukan oleh Soraya ketika melihat ibunya menjilat aiskrim. Mungkin Soraya pun teringin nak merasa aiskrim. 


Namun, umum megetahui bahawa bayi seusia Soraya tidak boleh makan aiskrim. 

Tetapi jangan risau, Ain telah menyatakan bahawa itu hanya aiskrim buah-buah dan peminat tidak perlu risau tentang perkara itu. 

Sumber: Tiktok Ain Edruce

Sebelum aiskrim tersebut disuapkan pada Soraya, dia kelihatan seperti 'menelan air liur'. Apabila disuapkan aiskrim tersebut, Soraya terus tersenyum sambil menggoyangkan kepalanya sebagai tanda gembira. 

Selepas dapat merasa kenikmatan aiskrim buatan Ain Edruce, Soraya menari-nari, mungkin mahu tunjuk kepada mummynya bahawa aiskrim itu sedap. 

Video tersebut kini telah mendapat hampir 146 ribu likes dan rata-rata netizen puji betapa comelnya Soraya.  -CARI

Sumber: Tiktok Ain Edruce


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 12-2-2022 07:08 AM
Laaa baby kan biasa je cam tu. Dapat makan akan goyangkan badan sebab happy. Sebab itu namanya budak kecik cam tu baby. Baby ????.
Quote Lailerthee 12-2-2022 07:23 AM
Dulu i suka je tengok dia ni tapi lepas lama2 mcm over namati. Lps tu terjoget2 sambil dukung anak. Tak takut agaknya. Tulang baby da la lembut lagi
Quote jerukkedondong 12-2-2022 07:48 AM
Biar lah dia anak dia but Soraya tu cute la haii
Ain walau ada time terkinja2 mcm ruk mat yeh tapi dia nmpk selesa dan tak kekok jaga anak...mungkin sbb dah biasa jaga anak2 fruit kot...
Quote makneng 12-2-2022 08:09 PM
Lantok pi la dia. Anak dia bukan anak netizeng [em:3:]
Quote cupu 13-2-2022 10:25 AM
Aku lg tertarik pasal aiskerim tu aiskerim buah..mmg aiskerim kan selalu buah..ada perisa laici. Strawberi..mango..
Quote bedahmenjuyah 13-2-2022 10:28 AM
Lantak dia la nak bg aiskrim ke pizza ke. Anak dia kan. Sebok je netz. Baik la jaga anak seniri.
Quote Atata 13-2-2022 11:19 AM
cupu replied at 13-2-2022 10:25 AM
Aku lg tertarik pasal aiskerim tu aiskerim buah..mmg aiskerim kan selalu buah..ada perisa laici. Str ...

Tak, maksudnya aiskrim tu xda gula proses, dia mmg buah2 je, contoh kita ambik buah tembikai, kita blend, pastu bekukan. So jd la aiskrim buah, takda tambah gula. Kan budak bawah 2 thn @ 1 thn xleh makan gula garam. So before dia kena kecam, dia justify awal2
Quote armin 13-2-2022 11:28 AM
Selalu je buat ais krim buah utk baby. Lenyek2 je buah tak pun blend pastu frozenkan. Baby tengah nak gatal gusi seronok la makan

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.092428 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top