Pada zaman persekolahan dahulu, siapa pernah mendapat surat yang diakhiri dengan pantun 'pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas'? Bukan itu sahaja, kadang-kadang dalam surat itu diisi dengan taburan bedak wangi lagi. Baru-baru ini, video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Puan Ammi ini cukup mengejutkan ramai. Video itu mengenai kisah anak perempuannya yang telah menerima sepucuk surat cinta dari rakan di sekolahnya.
Puan Ammi menyangka surat itu mengandungi ayat lucu tetapi alangkah terkejutnya seorang ibu apabila terdapat lukisan gambar yang mencurigakan. Ia seakan-akan gambar orang kencing berdiri di tandas dan tidur bersama atas katil. Apabila dimaklumkan tentang surat dengan imej mencurigakan terbabit, Puan Ammi dan suaminya bersepakat untuk melaporkannya kepada guru kelas anaknya untuk pemantauan lanjut. Puan Ammi bersyukur kerana dia sudah mendidik anaknya mengenai batas-batas pergaulan sejak di bangku tadika lagi. Maka, anaknya tahu membezakan perkara yang betul dan salah. Menerusi ke ruangan komen, rata-rata netizen juga bersetuju dengan mengatakan ia bukanlah satu gurauan yang boleh dipandang sebelah mata kerana tidak wajar seorang kanak-kanak tahu 'hal' orang dewasa. |
Meiizu replied at 11-2-2022 07:07 PM
Anak2 tido sebilik dgn makpak lah ni..kan byk kes dah cite
buapakperut replied at 11-2-2022 05:20 PM
Setuju kena panggil mak Pak dia. Dah kenapa anaqi Tu kekecik lukis bende2 lucah siap Bagi kat orang. ...
hareeeesah replied at 11-2-2022 11:57 PM
Yg toilet bowl tu??? Alahai scarynya imaginasi bebudak skarg..
gideoncross replied at 12-2-2022 12:46 PM
Kmain budak2 kcil zmn skrg, zmn iol dlu klau siapa2 pndai2 sbut psl cinta, mmg kna marah & kna hamba ...
kaedahnya replied at 12-2-2022 10:29 PM
Ingat ada baca jugak. Adik adik dia cita kat mak dia kakak dia kena panjat dengan bapak tiri dalam b ...
ADVERTISEMENT