Kuala Lumpur: Tindakan individu yang mendapatkan perkhidmatan 'pakar' estetik tidak bertauliah disebabkan harga murah mendedahkan mereka kepada kesan sampingan seumur hidup termasuk kecacatan kekal.
Perkara itu diakui Pakar Perubatan Kesihatan Awam Datuk Dr Zainal Ariffin Omar yang memaklumkan bahawa tindakan itu sangat berisiko tinggi dan berbahaya kepada pengguna. Menurutnya, terdapat pelbagai kemungkinan termasuk kesan jangka masa panjang yang terpaksa ditanggung pengguna gara-gara mahu kelihatan cantik dalam tempoh masa yang singkat serta dengan caj atau harga murah.
"Pusat kecantikan yang tidak mempunyai pakar bertauliah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diragui menggunakan bahan atau produk terlarang yang memberi kesan kepada kesihatan pengguna. "Jika wujud komplikasi selepas sebarang prosedur pembedahan dilakukan di pusat ini pastinya mereka tidak akan bertanggungjawab. "Kita tidak tahu bahan apa yang digunakan, pasti jika harganya jauh lebih rendah daripada pusat yang bertauliah mesti ada sesuatu yang tidak kena," katanya kepada Harian Metro, semalam. Harian Metro melalui laporan khas secara eksklusif melaporkan terdapat lebih 20 pusat kecantikan atau medispa di Lembah Klang dan beberapa negeri di utara serta selatan tanah air didalangi pakar bedah warga asing yang menjalankan prosedur pembedahan untuk rawatan berkenaan dengan harga bajet. Biarpun tidak mempunyai lesen sah atau tauliah, pusat kecantikan terbabit aktif mempromosikannya di media sosial seperti TikTok, Instagram dan Facebook dengan memuat naik gambar atau video testimoni pelanggan yang sudah berjaya menjalani pembedahan berkenaan selain 'menjaja' pembedahan itu dilakukan 'pakar luar negara'. Dalam laporan sama, akhbar ini mendedahkan pengakuan seorang mangsa yang mengalami kecacatan kekal selepas menjalani prosedur kecantikan disediakan 'pakar asing' terbabit yang mana hidungnya kini menjadi senget. Dr Zainal Ariffin berkata, wujud kes di mana pesakit yang mendapatkan rawatan dengan pusat tidak bertauliah ini mengalami komplikasi yang teruk, sekali gus memberi risiko yang tinggi kepada pengguna. Pada masa sama, Pengarah Eksekutif Divisyen Kesihatan MediCOM Dr Mohd Shafiq Wahab berkata, orang awam terutamanya golongan muda jangan mudah tertipu dengan taktik pemasaran di laman sosial berhubung pusat kecantikan yang menawarkan harga murah. "Secara asasnya, taktik pemasaran itu nampak menarik perhatian namun perkara utama yang perlu difikirkan adakah pusat ini memiliki pakar bertauliah Haram jika tiada sebarang keperluan Kuala Lumpur: Berpada-padalah dalam menghias diri dan ingatlah kecantikan yang hakiki ialah kecantikan budi pekerti, bukan solekan di wajah atau pakaian di tubuh. Itu nasihat Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor kepada umat Islam terutama kaum wanita di negara ini supaya mematuhi hukum ditetapkan syariat berkaitan pembedahan kecantikan. Katanya, apa juga tindakan yang hendak dilakukan mesti dipertimbangkan terlebih dahulu dengan neraca syarak, bukan hanya menurut nafsu yang akan menjerumuskan kita ke jurang dosa. "Ingatlah kita adalah penganut agama yang ada hukum halal dan haram. Sesiapa mentaati hukum Allah akan selamat di dunia dan akhirat. "Sebaliknya sesiapa yang mengingkari hukum akan celaka di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Pilihan berada di tangan masing-masing. "Seorang mufti hanya melaksanakan kewajipan menyatakan hukum Tuhan kepada hamba-hamba dan memberi nasihat yang difikirkan berguna," katanya kepada Harian Metro. Beliau berkata, menurut fatwa dikeluarkan beberapa institusi kefatwaan berwibawa, tiada halangan di sudut hukum syarak membuat pembedahan bagi tujuan memperbaiki mana-mana bahagian tubuh sekiranya ada keperluan yang mendesak. Dr Wan Salim memberikan contohnya antaranya seperti mengecilkan batang hidung yang terlalu besar daripada biasa, atau memperbaiki mata yang juling, jari yang lebih dan sebagainya. Menurutnya, pembedahan sedemikian diharuskan dan tidak dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang dilarang di dalam nas al-Quran dan hadis. "Ini adalah kerana kewujudan anggota yang janggal terutama di bahagian wajah menyakitkan seseorang secara psikologi dan menyebabkannya berasa malu terutama ketika berada bersama khalayak. "Pembedahan sedemikian dianggap sejenis rawatan yang dibenarkan malah digalakkan di dalam Islam. "Bagaimanapun pembedahan plastik yang tiada sebarang keperluan sama ada dengan mengubah warna kulit atau bentuk anggota badan seperti menghaluskan kening atau mengukir tatu di mana-mana bahagian tubuh, semua ini adalah haram dan termasuk di dalam pengertian mengubah ciptaan Allah yang dilarang di sisi hukum syarak," katanya. Menurutnya, perlu ditegaskan bahawa pembedahan yang sangat dilarang di dalam agama Islam dan amat besar dosanya ialah pembedahan untuk menukar jantina. Harian Metro melalui laporan khas secara eksklusif melaporkan terdapat lebih 20 pusat kecantikan atau medispa di Lembah Klang dan beberapa negeri di Utara serta Selatan tanah air didalangi pakar bedah warga asing yang menjalankan prosedur pembedahan untuk rawatan berkenaan dengan harga bajet. Biarpun tidak mempunyai lesen sah atau tauliah, pusat kecantikan terbabit aktif mempromosikannya di media sosial seperti TikTok, Instagram dan Facebook dengan memuat naik gambar atau video testimoni pelanggan yang sudah berjaya menjalani pembedahan berkenaan selain 'menjaja' pembedahan itu dilakukan 'pakar luar negara'. Dalam laporan sama, akhbar ini mendedahkan pengakuan seorang mangsa yang mengalami kecacatan kekal selepas menjalani prosedur kecantikan disediakan 'pakar asing' terbabit yang mana hidungnya kini menjadi senget. Susulan laporan itu juga, Presiden Persatuan Perubatan Estetik Malaysia Dr Chin Shih Choon mendedahkan hanya kira-kira 300 doktor dalam bidang estetik mempunyai pentauliahan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). -CARI Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT