CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Terlupa Anak Terkurung Dalam Rumah, Mati Sebab Rentung Terbakar

11-2-2022 02:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1130| Komen: 2

Kalimantan Timur: Seorang wanita terlupa anaknya masih terkurung di dalam rumah sehingga menyebabkan kanak-kanak berusia enam tahun itu mati rentung dalam kebakaran.


Lapor Tribunnews, mangsa, Amelia Putri ditemukan maut kira-kira pukul 2.30 pagi, Rabu lalu di  Kelurahan Handil Baru, Kecamatan Samboja, Kutai Kartanegara.

Ketua Polis Kutai Kartanegara, Arwin Wientama berkata, mangsa terperangkap dalam rumah sendiri ketika ibu bapanya menggendong anak paling kecil.

Gambar Hiasan

Jelasnya, ketika itu, semua orang sedang sibuk menyelamatkan diri daripada kebakaran dan wanita itu sendiri tidak pasti mangsa anak ke berapa disebabkan mempunyai 10 anak.


“Hasil maklumat daripada beberapa saksi mengatakan api bermula dari depan rumah mangsa, sebelum menyambar sebuah motosikal dan menjadi semakin marak.

“Api kemudian menyambar rumah lain kerana terletak berdekatan,” katanya.

Selepas api berjaya dipadamkan, anggota bomba menemukan jasad Amelia yang rentung terbakar di antara serpihan bangunan yang musnah dijilat api.-CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SayaSayangMama 13-2-2022 09:58 PM
Masuk syurga la ko dik,  sedih hidup di dunia ni mak bapak xingat.
Quote LoveSungmin 13-2-2022 10:33 PM
maknya tak ingat mangsa anak ke berapa?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.052255 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top