CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tempurung Kepala Pelajar Retak Dipukul Senior Sebab Minat Perempuan Sama

11-2-2022 02:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3753| Komen: 54

Gua Musang: Seorang pelajar lelaki retak tempurung kepala selepas dipukul senior, gara-gara dikatakan meminati pelajar perempuan sama di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.


Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian didakwa berlaku pukul 11.15 pagi ketika mangsa, pelajar tingkatan empat berada di luar kelas.

Menurut beliau, mangsa didatangi lima pelajar tingkatan lima yang terus  memukul bahagian badan mangsa secara beramai-ramai.

Gambar Hiasan

“Salah seorang suspek memukul kepala mangsa menggunakan batu sehingga menyebabkan bahagian kiri tempurung kepalanya retak. Pergaduhan itu dileraikan oleh pengawas yang lalu di situ. 


“Selain cedera di kepala, mangsa turut bengkak di beberapa bahagian anggota badan seperti tangan kanan dan kiri, belakang badan dan lenguh di kaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

 Choon Foo memberitahu, mangsa telah menerima rawatan di Hospital Gua Musang dan dimasukkan ke dalam wad satu hari untuk menjalani rawatan susulan.

Jelasnya, punca kejadian dipercayai akibat rasa tidak puas hati suspek kerana mereka meminati pelajar perempuan yang sama.

“Semua pelajar senior yang didakwa memukul mangsa sudah diambil keterangan oleh polis.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.– CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote c===8 11-2-2022 02:51 PM
aiseh sampai retak kepala pun cuma amik keterangan aje?sumbat la dlm lokap seminggu
Quote Artemesiaa 11-2-2022 02:57 PM
Perbuatan sia2 spentot pun mak pak masih belikan tak pasal2 dah ada record balai
Quote rikiruj 11-2-2022 02:58 PM
Bagus lah tu.. bantai orang sampai cedera teruk tapi belum tentu budak pompuan tu nak kat ko.. masuk jel / henry gurney atas sebab sendiri bodoh..
Quote akies 11-2-2022 03:00 PM
selamba je belasah anak orang.
Quote Rapz 11-2-2022 03:05 PM
Hentak kepala anak org ngan batu ye....niaya btol!
Quote She-Ra 11-2-2022 03:07 PM
spentot pun makpak belikan
duit belanja sekolah makpak bagi.. ewwwww

kita dlu suka kt seseorang pun takde la sampai nk hentak orang bagai
berlawan mulut jeeeee.. bila nk SPM, terus bermaaf-maafan
sekarang bila jumpa je mesti gelak dgn kelaku memasing di zaman sekolah terkinja

yelah zaman dh berubahhhhhh
Quote krustykrab 11-2-2022 04:24 PM
Ingatkn bila kena covid ni, masing2 insaf sbb  mungkin hidup tak lama..ni baru nk kenal dunia dh membuli pulak
Quote musangbodoh 11-2-2022 04:34 PM
babi sggh lima senior tu...meh tepek gambar la pak pulis...adoii kasi malu mak ayah skit...nie bg cite je...
dapat kt aku hilanglh satu ruas jari budak tu...
Quote bulalof 11-2-2022 04:35 PM
masig lagi berebut perempuan guna kekerasan.
Quote Babai 11-2-2022 04:36 PM
Ni mesti budak2 bangang corot ni. Budak pandai2 jangan buat benda bodoh macam ni, ada yang buat tapi jarang2.
Quote .HannahMontana. 11-2-2022 04:37 PM
aku pernah berskandal dengan kawan sekerja aku punya boyfriend

sampai ke hari ini dia  xtahu



Quote .HannahMontana. 11-2-2022 04:38 PM
hanya kerana perempuan ko tergamak buat kawan ko serupa itu

ko tahu ke tidak org kahwin pun bercerai

inikan baru crush

bangang sangat ,bila besar mesti bertambah tongong

Quote hareeeesah 11-2-2022 05:30 PM
Perempuan tu tah-tah x minat pun kat ko apa la bengap benor…
Quote Adrif 11-2-2022 06:18 PM
budak perempuan tu aman-aman ja minum sirap kat kantin
korang yang menggelabah bergaduh pasai paa
Quote mzzenma 11-2-2022 06:33 PM
name and shame please
Quote syamzana 11-2-2022 06:36 PM
minat org sama pun jd masalah ke??ape ke pengecut beno ko dek. mesti muke huduh+bljr x pandai ni. yg kwn2 tlg pukul tu berganda bodohnya.
Quote Skuau 11-2-2022 06:36 PM
sajat kan ada..awat nk 'berebut'???
Quote supernaturalee 11-2-2022 07:58 PM
Skuau replied at 11-2-2022 06:36 PM
sajat kan ada..awat nk 'berebut'???

Jauh naw
Oz
Quote she 11-2-2022 08:22 PM
Takde bukti ke kecantikan gadis rebutan tersebut

Kalau dulu2 badboy kat sekolah ni selalunya minat kat pelajar perempuan yang tek besor jalan mendada tudung ketot gedik2 kat padang sekolah

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.077470 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top