CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mexico Gempar Ribuan Burung Jatuh Dari Langit

11-2-2022 03:34 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2239| Komen: 15|Original author: Agent13k

Ribuan burung dilaporkan "jatuh" secara tiba-tiba dari langit dan mati dalam satu kejadian di Chihuahua, Mexico.

Menerusi rakaman kamera liter tertutup (CCTV), haiwan berkenaan jatuh di sebuah kediaman.


Kredit foto: TRT World


Menurut laporan Mynewshub, dalam video yang dimuat naik di media sosial itu, kelihatan bangkai spesies burung berwarna hitam dan kuning bertaburan di atas jalan.

Ada yang mengatakan ia mungkin berpunca akibat kepekatan bahan tercemar di udara dan tidak kurang juga spekulasi mengatakan ia mungkin disebabkan renjatan elektrik berdekatan di bandar kecil itu.



Sehingga kini, punca sebenar kejadian aneh itu masih belum diketahui. Kejadian seumpamanya bukan kali pertama berlaku di Mexico dan kes aneh ini pernah dilaporkan pada 20 Ogos tahun lalu dan pakar mengesyaki ia disebabkan kebakaran hutan yang berlaku di pantai barat negara itu.


kredit foto: TRT World

Anda rasa apa punca haiwan berkenaan jatuh? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazurah 11-2-2022 03:42 PM
Teringat dulu Ustaz Bad cakap burung ni terbang tutup mata, depa terbang ikut 'highway' macam dalam cerita Finding Nemo tu, bezanya Nemo di laut.
Quote yellowsky 11-2-2022 04:04 PM
terbang melalui kawasan oksigen nipis tu yang jatuh.
Quote supernaturalee 11-2-2022 04:08 PM
nazurah replied at 11-2-2022 03:42 PM
Teringat dulu Ustaz Bad cakap burung ni terbang tutup mata, depa terbang ikut 'highway' macam dalam  ...

current tu ea
so kes burung ni terkeluar dr current tu lh ye


Quote kurga 11-2-2022 04:33 PM
nazurah replied at 11-2-2022 03:42 PM
Teringat dulu Ustaz Bad cakap burung ni terbang tutup mata, depa terbang ikut 'highway' macam dalam  ...

apa maksud highway tu... tu yg kita nmpak burung-2 ni dalam 1 grup tu ye
Quote Adrif 11-2-2022 07:10 PM
ada kilat kot. mana tau tiba2 kena sambar kilat, jantung terhenti kejap

atau ada bunyi dentuman kuat, diorang mati terkejut
mercun ke, ape ke
Quote bakingsoda 11-2-2022 07:26 PM
kesiannya jatuh mcm tu
Quote Rapz 11-2-2022 08:03 PM
Allahu akhbar....!

Seram lak tgk burung2 jatuh sekaligus mcm gitu
Quote mbhcsf 11-2-2022 08:07 PM
so far tak ada scientific explanation ye on this lagi? okay , so interesting.
Quote kakikuDibibirmu 11-2-2022 09:48 PM
Glitch in the matrix tersenyum sinis
Quote Punat_button 11-2-2022 09:51 PM
Anda rasa apa punca haiwan berkenaan jatuh? - CARI

motif tanya acik2 forum?

Quote scorpionkiki 11-2-2022 09:57 PM
Ada frekuensi yg merbahaya utk burung tu suddenly on...agaknyalah
Quote gekkou 11-2-2022 10:01 PM
pernah berlaku 20 tahun dahulu
masih tiada yang kaji kah burung2 yang mati itu
untuk mencari jawapan
Quote Orix 12-2-2022 12:27 PM
Nmpak mcm ada ‘force’ buat diorg jatuh.. tapi banyak jugak yg survive
Quote Artemesiaa 12-2-2022 02:41 PM
Macam kena shockwave
Quote Dwdrum 12-2-2022 02:49 PM
Lost navigation kah sebab burung guna magnetic field untuk navigate...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.121947 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top