CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dua Dekad Dalam Industri, Dayang Nurfaizah Anggap Diri Masih Belajar

11-2-2022 03:10 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2260| Komen: 17|Original author: tatod


Mulai menceburi bidang seni suara sejak 1996, Dayang Nurfaizah sedikit pun tidak berasa dirinya hebat. Malahan, penyanyi kelahiran Sarawak itu mengatakan kariernya sebagai penghibur adalah satu proses pembelajaran untuk memperbaiki diri.

Kata Dayang, kebolehannya dalam bidang nyanyian tidak menjadikan dirinya lebih baik kerana orang lain juga mempunyai bakat yang tidak dimilikinya.

"Sebagai manusia, saya sentiasa membuat yang terbaik dan mahu memperbaiki diri. Saya anggap setiap hari ada perkara baharu yang saya pelajari.


"Apa sahaja kerjaya kita, tidak ada bezanya. Perjalanan kehidupan sahaja yang tidak sama," katanya kepada Harian Metro.



Walaupun sudah cukup lama bergelar penyanyi, Dayang masih saja terus bereksperimentasi dalam setiap lagu yang ditampilkannya buat penggemar muzik tanah air.

Oleh itu, pelantun lagu Lelaki Teragung itu merancang untuk menghasilkan sebuah album namun ia masih lagi pada peringkat pencarian material untuk dimuatkan dalam buah tangannya itu nanti.

"Saya ada menerima beberapa buah lagu tetapi semuanya masih pada peringkat perbincangan. Saya perlu dengar dahulu lagu berkenaan. Dan banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan.



"Saya datang dari zaman yang semua penyanyi akan hasilkan album. Jadi, apabila saya tidak buat, sebagai penyanyi saya rasa kurang lengkap," katanya.

Dayang bagaimanapun tidak menolak untuk mengikut arus penghasilkan karya pada masa kini iaitu tampil satu demi satu lagu sebelum dikumpulkan dalam satu album. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 11-2-2022 03:19 PM
Duet la dgn tulus please
Quote buapakperut 11-2-2022 05:10 PM
Wow Makin Vogue penampilan sheol
Quote norawestallen 11-2-2022 06:02 PM
humble betul dayang
Quote epal_putih 11-2-2022 06:15 PM
Maintain jer dia...
Quote helicornia 12-2-2022 11:38 AM
Makin cantik le dia ni
Quote mrsbale 12-2-2022 11:52 AM
Suka dayang
Quote September14 12-2-2022 01:51 PM
Dyg ni sbb jd bff  rizalman gaya pun class… mcmni la bru nmpk mcm artis terkemuka.
Quote orang_kampong 12-2-2022 04:11 PM
Makin cantik
Quote nakkomenjugak 12-2-2022 04:45 PM
unproblematic!
queen ish!
Quote zehra2 12-2-2022 05:57 PM
tunggu ballad mcm dulu-dulu
Quote _kelly 12-2-2022 06:02 PM
ekslusif betul dayang ni..dekat ig pic semua pasal kerja je..body fuh mengancam
Quote nura19 12-2-2022 06:35 PM
Cantik la dayang
Quote ashilalat 12-2-2022 09:15 PM
Tak penah beranak,mmg la badan camtu. Umo over 40 dah masuk kategori andartu foreva lah ni. Jangan ngecat dinding je sudah ler.

Teringat zaman dibenci ummah pertiwi masa menyeksi pefeeling beyonce masa one in a million.
Quote Afifi82 13-2-2022 12:32 AM
I love Dayang!
Quote Frangapini 13-2-2022 01:43 AM
Dayang ada dalam IG Story Fazura.
Quote Whitney72 13-2-2022 06:04 PM
Walau Siti lbh popular dari Dayang, tp Dayang nmpk lbh xclusive n classy dari Siti..bahkan ada tone suara Dayang yg lbh merdu n mersik dari Siti...
Quote Harley_Quinn 14-2-2022 09:35 AM
So far suara dia xde lg org leh copy.
Iols mmg minat dia ni since AJL seandainya masih ada cinta tu.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.458681 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top