Google Maps yang telah membantu ramai pengguna untuk mencari jalan ataupun melihat landskap di sesuatu kawasan yang diinginkan,
Ada fungsi Google Street View yang membolehkan pengguna untuk melihat jalan, bangunan, rumah dengan lebih dekat dan mudah. Petikan dari Odisi, seorang pengguna TikTok yang ada perasan ingin tahu tentang di belakang pagar zink biru di sepanjang Salak Expressway, Cheras. Pengguna tersebut menggunakan Google Maps untuk mengetahui kawasan tersebut. ketika melihat Google Street View dengan "ariel view" dia mendapati imej lambakan kereta buruk yang berhimpit antara satu sama lain. Imej tersebut dapat menarik perhatian netizen yang mereka menganggap keadaan di tempat itu seperti sebuah kubur kereta yang amat besar.
Netizen juga mendakwa laluan Cheras itu sering berlaku kemalangan lebih-lebih lagi ketika waktu hujan yang mungkin berpunca dari minyak bocor dari kereta terbengkalai itu. Difahamkan, kawasan tersebut adalah Depoh Simpanan Kenderaan Taman Connaught yang khas untuk kenderaan buruk yang telah ditunda oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Depoh itu juga mampu menempatkan kira-kira 1,500 kenderaan buruk yang tersadai di situ. -CARI |
prettyuglybabe replied at 11-2-2022 01:35 PM
kereta buruk punya pasal, hantu jugak kena tuduh
kucingitam: zaman ini zaman fitnah..hantu pun tak terlepas dr fitnah
kucingitam replied at 11-2-2022 03:29 PM
zaman ini zaman fitnah..hantu pun tak terlepas dr fitnah
azie5zoe replied at 11-2-2022 03:58 PM
Opis Iols baru je lepas open tender untuk melupuskan kenderaan terlantar ni. Rasa macam dah ajab ben ...
ADVERTISEMENT