CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Luahan Rindu Misha Omar Pada Arwah Siti Sarah Buat Ramai Sebak

11-2-2022 01:27 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1542| Komen: 1|Original author: Cinta Erina

Sumber: Tiktok Justbeingyouu

Siapa yang tidak kenal penyanyi terkenal dengan suara yang merdu dan lunak iaitu Misha Omar. Semalam viral satu video yang dimuat naik oleh pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Justbeingyouu. Kelihatan video itu menunjukkan Misha Omar yang ditemu bual di dalam rancangan Meletop.


Dalam temu bual tersebut, Misha Omar menceritakan mengenai sahabat baiknya iaitu arwah Siti Sarah yang meninggal dunia akibat virus COVID-19. Menurut Misha Omar, dia mengatakan bahawa dia rindu dengan suara-suara manja arwah.

Sumber: Google Image

Menurut Misha, Siti Sarah memang seorang yang periang, dan kadang-kala sukar untuk 'handle' perangainya itu. 

"Betul lah orang kata, patah tumbuh hilang berganti tetapi bila yang hilang tu nak ganti, memang tak ada" kata Misha.


Ketika Misha bercerita mengenai arwah Siti Sarah, rata-rata netizen turut perasan riak wajah Elly Mazlein yang berubah dan menundukkan wajahnya. 

Daripada tengah rancak bercakap, tiba-tiba Elly diam dan mula menundukkan wajah kerana menahan tangisannya. 

Sememangnya kehilangan Siti Sarah memberi impak yang besar kepada kita semua. Mari kita doakan semoga arwah Siti Sarah sentiasa berada di kalangan orang-orang beriman, insyaAllah amin. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SayaSayangMama 13-2-2022 10:07 PM
Misha ni suka dgr dia bercakap nmpk baikkkkk sgt. Suara dah la sedap. Jahatnya la klu ada wartawan putar kenyataan dia . Dia susun ayat dia baik baik je bila bercakap

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.046968 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top