Setelah hampir dua tahun dijemput Ilahi, Nor Hidayah iaitu balu kepada pelawak popular Abam Bocey memuat naik ucapan dan doa buat arwah suaminya yang tercinta melalui akaun Instagramnya.
Dalam masa yang sama, Hidayah juga memuat naik satu rakaman video yang memaparkan kenangan indah ketika berkaraoke bersama Abam Bocey. Menurut Hidayah, kenangan manis bersama arwah akan sentiasa berada di ingatannya buat selama-lamanya. "Al-fatihah 10/2/2022 Genab 2 Tahun Allayarham suamiku Syed Umar Mokhtar pergi semoga kita berjumpa disyurga kelak amin-amin." Untuk pengetahuan semua, Hidayah dan Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan (Abam Bocey) telah mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2017. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 2 tahun. Namun, arwah Abam telah disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|