|
Seorang wanita di Chicago yang menjadi tebusan berjaya diselamatkan selepas dia gagal berkongsi skor Wordle harian dengan keluarganya.
Ini menyebabkan keluarganya mengesyaki sesuatu terjadi kepadanya. Wordle adalah permainan teka huruf yang kini sedang popular. Ia memerlukan pemain meneka lima huruf dalam enam percubaan setiap hari. Anak perempuan sulung Holt, Meredith Holt-Caldwell yang tinggal di Seattle berasa curiga selepas ibunya tidak menghantar skor harian Wordle itu dan kemudian terus menghubungi polis di Chicago sebelum pemeriksaan lanjut dibuat di rumah berkenaan.
Sebaik tiba, polis menemui Holt yang dijadikan sebagai tebusan. Seorang lelaki dikenali sebagai James H Davis III, 32, memecah masuk ke rumah Denise Holt, 80, yang bersendirian di rumahnya pada 5 Februari dan terus mengacukan pisau terhadapnya Davis berada dalam keadaan berlumuran darah dan berbogel selepas memecahkan tingkap untuk masuk. Holt mengatakan bahawa Davis memberi jaminan untuk tidak mencederakannya, namun memaksa untuk mandi bersama sebelum mengunci wanita itu di ruang bawah tanah. Polis mengesyaki Davis mempunyai masalah mental. “Saya tidak menyangka akan dapat terus hidup,” kata Holt kepada Stesen CBS. Sumber: Suara Merdeka
|
awanearisu: Baik anaknya. Setiap hari pant ...
. nak kutok lelebihkan mental plak pelakunya. sian kat nenek ni.matbad replied at 11-2-2022 02:39 PM
polis sama ok..call ja terus p tgk. tak mau tuduh tp kalau polis kita kat sini??hehhee. ikut kawasa ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.350701 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.