Pasangan pelakon Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos menimang cahaya mata kedua pada jam 3.53 pagi tadi di salah sebuah pusat perubatan di Rawang, Selangor. Bayi lelaki seberat 2.95 kilogram itu dilahirkan secara normal.
Memetik laporan Berita Harian, kesakitan yang dirasai ketika melahirkan anak keduanya itu sama seperti cerita yang selalu dia dengar.
"Kali ini, rasa macam nak tercabut nyawa. Pengalaman ini sama seperti proses kelahiran yang selalu saya dengar orang cerita.
"Tetapi, Allah mudahkan dan cepatkan proses kelahiran. Tidaklah terlalu lama saya menahan sakit," katanya.
Mempunyai senarai nama untuk anak lelakinya itu, Ezzaty bagaimanapun menjelaskan setakat ini masih belum diputuskan nama yang menjadi pilihan mereka.
Berkenaan gambar wajah bayi pula, pasangan itu mengikut saranan daripada keluarga sama ada dikongsikan pada hari ketujuh kelahiran atau ketika berakhirnya fasa berpantang Ezzaty.
Ezzaty dan Azwan mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Alhamdulillah, sepasang dah anaknya.. Tahniah Ezzaty dan Azwan atas kehadiran cahaya mata yg kedua.. Semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia serta akhirat.
Tahniah ezzaty n azwan...
Iolls pun beranak nombor 2 lagi sakit dari yg sulung..sepanjang contraction tengah malam sampai subuh duduk je..sampai spital pasang ctg mintak kat misi nak berdiri bole x..sebab baring rasa terlampau sakit
Ai nk tanya jer nih..jgn slh phm. Knp tkder berita camnih ms jah branak? Sampaikan ada yg argue jah branak normal or czer. Yg nih even retis tak femes maner pon terang lagik nyata kat situh branak normal. Takan jah yg terpaling femes tkder sesaper cover hal branak sheols? Ker ai terlepas pandang?