CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Main Golf Bersama, Shuib Hadiahkan Set Hijab Pada Raja Permaisuri Agong

11-2-2022 11:39 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 6218| Komen: 46|Original author: Oleh: Saiful

Shuib Sepahtu menghadiahkan set hijab Loveta kepada Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Aminah Maimunah Iskandariah.

Difahamkan, pemberian tersebut diberikan sebagai tanda terima kasih kepada baginda atas ucapan takziah yang dititipkan semasa pemergian Allahyarhamah Siti Sarah tahun lepas.


Foto: IG

“Berbesar hati apabila Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima pemberian Loveta @lovetahq ketika bertemu di Tunku Azizah Golf Challenge 2022.

Pemberian ini juga adalah sebagai titipan rasa terima kasih saya kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong yang menzahirkan ucapan takziah atas pemergian isteri tercinta saya @sitisarahraissuddin pada tahun lalu.




Selama ini, saya sangat kagum dengan Raja Permaisuri Agong yang sopan, prihatin dan sangat mesra rakyat.

Pengalaman di Tunku Azizah Golf Challenge 2022 akan menjadi kenangan manis yang akan sentiasa tersemat dalam fikiran saya.

Junjung kasih Raja Permaisuri Agong,” tulisnya di Instagram.

Di ruangan komen, banyak ucapan dan doa buat Shuib sekeluarga yang menyentuh hati.



“Alhamdulillah.. Rezeki pasukan.. Tuanku Agong berkenan dengan tudung arwah.. Semoga kita semua terus berjaya..”

“Alhamdulillah.. Amin.. Al fatihah buat arwah Siti Sarah Raissuddin..”



“Bestnya. Tuanku sudi pakai tudung Loveta. Terharu sangat.”

“Semoga terus murah rezeki Shuib dan anak-anak."  -CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 11-2-2022 11:41 AM
ya allahh pic main golf tu dh rupa buruh kontraktor condo area KL ni je
Quote hashashes 11-2-2022 12:04 PM
Ayashhh sayangg semoga membesar jadi anak Soleh ya. Kesian awak tak dapat rasa kasih sayang ibu
Quote prince_marhaen 11-2-2022 12:21 PM
edisi mencakar pagar yestana sudah kembali.....masih lagi dengan ratapan isteri meninggal sambil tag IG bussiness...aaagicchew
Quote epal_putih 11-2-2022 12:37 PM
content oh content
Quote mendeluk 11-2-2022 12:40 PM
Sejak isteri dia meninggal,
Dia mcm dah naik satu anak tangga,
Dimana ramai org pandang dia,
Plus dgr business laku gila and news
isteri dia itu keluar dua news from famous
Article kat amerika psal pregnancy died
Psl covid
Quote SalenaGomez 11-2-2022 12:50 PM
mendeluk replied at 11-2-2022 12:40 PM
Sejak isteri dia meninggal,
Dia mcm dah naik satu anak tangga,
Dimana ramai org pandang dia,

Terus hilang news psal money laundering kan
Quote beta_carotene 11-2-2022 12:55 PM
menggelupur for content
Quote mendeluk 11-2-2022 01:00 PM
SalenaGomez replied at 11-2-2022 12:50 PM
Terus hilang news psal money laundering kan

Yang itu tak sure la. Tapi since news psl arwah dia keluar dari siaran most famous company dekat amerika itu,
Mcm ramai pula darah biru menghimpit…. (biasalah kan bab ni).
Since exposure psl dia tetiba melonjak naik. Haha. Artis yang mcm tiara urban semua itu pun suddenly commented kat pics.

Knowing dia ini before hanyalah pelawak standard2 biasa je selevel shuk sahar.  
Quote rosewhite 11-2-2022 01:04 PM
SalenaGomez replied at 11-2-2022 12:50 PM
Terus hilang news psal money laundering kan

News kes bapak mertua pun dah takde.
Quote hasniey 11-2-2022 01:07 PM
mendeluk replied at 11-2-2022 12:40 PM
Sejak isteri dia meninggal,
Dia mcm dah naik satu anak tangga,
Dimana ramai org pandang dia,

Kann..dia mcm dipandang sebagai insan yg paling hebat,tabah.
Kalau ai jd shuib,ai stop cerita psl isteri baru,bakal isteri etc etc
Focus bisnes je, confirm makin meletop2
Quote ezacbee 11-2-2022 01:11 PM
Bakal datuk ni
Gambo dgn uwais tu gaya cam tiger n charlie woods. Kunun laa
Quote mendeluk 11-2-2022 01:13 PM
hasniey replied at 11-2-2022 01:07 PM
Kann..dia mcm dipandang sebagai insan yg paling hebat,tabah.
Kalau ai jd shuib,ai stop cerita psl  ...

Hehe melayu kalau u public figure, pastu ada berita kematian and nama you suddenly rating naik wordwide ke apa, mmg melayu mudah simpati n masing2 nak inter frame. Benda normal kat msia kot.

Quote gangerina 11-2-2022 01:18 PM
jap, golf challenge ni 4 org je ke main...hahahaha...demi content...
Quote lifeline 11-2-2022 01:21 PM
another level eh soeb sekarang ni
tertunggu tunggu gak iols sapa wife baru soeb ni
Quote makcun14 11-2-2022 01:34 PM
first time tengok orang makin femes dan mendonia selepas peninggalan pasangan yang kononnya cinta mati .
sikitpun rasa tak bersalah guna nama arwah untuk naikkan diri yach,
disgusting behaviour
Quote imrb 11-2-2022 01:36 PM
datuk bauksit on the way
Quote Whitney72 11-2-2022 01:40 PM
Gunakan 'kematian' isteri demi nama dan 'survivor' business..apa2pun tahniah lah sbb Agong dah pkai Loveta
Quote bakingsoda 11-2-2022 03:21 PM
nampak pprt bila kayangan bergaul dgn retis lowclass mcm vt dan kekrol walaupon hubungan sekadar jerung dan anak bilis
Quote nolya 11-2-2022 03:38 PM
mendeluk replied at 11-2-2022 01:00 PM
Yang itu tak sure la. Tapi since news psl arwah dia keluar dari siaran most famous company dekat a ...

Itulah rezeki namanya.  Semua tu adalah pecaturan Allah swt.  Dlm musibah ada hikmah dn kita tak akan pernah tau rahsia Allah trhadap seseorang. Cuma kita boleh mendoakan semoga Allah akan melancarkan dn memudahkan segala2nya urusan seseorang.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.046583 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top