CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ibu Menyesal Percutian Ke Melaka Jadi Punca, Anak Belum 4 Tahun 3 Kali Kena Covid-19

11-2-2022 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7102| Komen: 105

Angka jangkitan Covid-19 terus meningkat dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan berakhir dalam masa terdekat.

Antara yang turut terkesan ialah kanak-kanak comel berusia tiga tahun sembilan bulan, Nurul Miftahul Jannah yang sudah tiga kali dijangkiti virus itu.



Si kecil ini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh sejak minggu lalu.

Menurut Nurul Syafika Supardah, 19, anaknya pernah dijangkiti virus berkenaan pada Mac dan Mei 2021 sehinggalah episod duka itu kembali berulang pada Sabtu lalu.

"Saya, suami dan anak pernah dijangkiti Covid-19 pada Mac 2021. Pada waktu itu, kami berjangkit dengan suami. Saya dan anak menjalani kuarantin di rumah manakala suami di Maeps (Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang).


"Kali kedua pada pertengahan tahun lepas, hanya saya dan anak yang dijangkiti Covid-19. Pada waktu itu pun kami hanya kuarantin di rumah.

"Pada Disember tahun lepas, anak saya pernah masuk hospital kerana demam dan batuk, doktor kata ada jangkitan kuman pada paru-paru. Nafasnya juga laju. Masa tu dia dimasukkan ke hospital selama enam hari, tapi dia negatif ujian Covid-19.


Nurul Miftahul Jannah dijangkiti Covid-19 buat kali ketiga pada Sabtu lalu dan kini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh.

"Bagaimanapun Sabtu lalu, kami sekeluarga sekali lagi buat ujian saringan Covid-19 dan hanya anak saya yang positif. Maknanya ini kali ketiga dia positif Covid-19.

"Pada Isnin petang, anak saya dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh kerana nafasnya jadi laju. Kemungkinan ada jangkitan pada paru-paru lagi," imbas ibu muda itu.

Senang disapa Eyka, dia tidak dapat mengenalpasti faktor jangkitan kali ini, namun beranggapan kunjungan mereka sekeluarga ke Melaka sempena cuti Tahun Baru Cina sejak 31 Januari sehingga 5 Februari sebagai punca utama.

Menurut suri rumah sepenuh masa itu, dia dan suami, Kharill Syahzzwan Abdullah, 22, hiba dan menyesal dengan kunjungan tersebut yang dianggap sebagai punca penderitaan anak tunggal mereka yang sekali lagi dijangkiti wabak berkenaan.


Eyka bersama suami dan anaknya.

"Kami baru balik holiday di Melaka. Selepas balik, kami buat ujian saringan Covid-19 sendiri, hanya anak saya yang positif. Hari ini (Selasa) kami sekeluarga akan buat saringan sekali lagi.

"Sebagai ibu, sudah tentu perasaan saya sedih. Tengok anak jadi macam ni, kalau boleh saya nak penyakit itu dipindahkan kepada saya.

"Biar saya sendiri yang kena. Benda nak jadi, kita pun tak tahu dan tak nampak. Bila tengok dia kena cucuk dan menangis, kita sebagai ibu yang rasa seksa.

"Kalau tahu nak jadi macam ni, kami tak ada pergi. Kami bertiga bercuti ke Melaka dan kawan-kawan suami pun ikut sekali," ujar Eyka yang menetap di Kuala Langat, Selangor itu.



Menurut Eyka yang sangat terkesan dengan kejadian kali ini, dia berpesan kepada ibu bapa di luar sana agar terus berwaspada agar anak-anak mereka tidak dijangkiti wabak berkenaan.

"Pesanan saya kepada ibu bapa di luar sana, elakkan pergi bercuti. Fikir anak dan situasi sekarang. Benda tak nampak tapi boleh terjadi sekelip mata, boleh terjadi bila-bila masa.

"Orang kata, jangan dah jadi baru nak menyesal. Ini merupakan pengajaran untuk saya juga.

"Ujian kali ini membuatkan saya sedar untuk tidak sesuka hati bawa anak keluar," ujarnya yang sudah berumah tangga sejak tahun 2019.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 11-2-2022 11:15 AM
Meluat aku baca cerita2 macam ni.  "Menyesal pergi holiday", blah blah blah.  Anak kau tu pun mesti selagi tak tengahmalam tak tidurkan, kau bawa lah melepak sama kat kedai2.
Quote Gomea 11-2-2022 11:28 AM
Bontot kau yang tergedik2 nak berjalan. Dah syok berjalan, sop pun lupa. Kau kena covid, pandai pulak kau tak bagi orang holiday  Orang lain pon holiday jugak tapi pandai jaga sop.
Quote Lolalala 11-2-2022 11:30 AM
Face mask x pakai. X sanitize tangan. Berhimpit² masa nak beli barang, nak pilih makan. Peluk² laga pipi. Btw muda sangat mak bapaknya.
Quote ninja boy 11-2-2022 11:31 AM
Pakai mask pun on off budak
Quote jari10 11-2-2022 11:33 AM
Boleh tak aku nak cakap ..no simpati at all. Benci betul aku dgn ayat tipikal ni……. “.. Benda nak jadi, kita pun tak tahu dan tak nampak”
Quote akusukaq 11-2-2022 11:34 AM
Samerosie replied at 11-2-2022 11:15 AM
Meluat aku baca cerita2 macam ni.  "Menyesal pergi holiday", blah blah blah.  Anak kau tu pun mesti  ...

Dah mak bapak pun kawen tak cukup umur, nak harap apa khenn
Quote iman_kasih 11-2-2022 11:35 AM
Holiday pulak disalahkan..ramai je yg pi holiday dik tp still jaga SOP. Pegi dan balik buat test. Ada yg buat test weekly lagi.
Apapun,  semoga si cilik ni cepat sembuh. Mana2 mak pun taknak anak sakit.
Quote amyza82 11-2-2022 11:35 AM
Ikut tekak ko sangat nak berholiday. Kesian anak dapat mak bapak bengap, selfish
Quote syamzana 11-2-2022 11:38 AM
muda betul maknya, 19thn dan anak 3thn. branak umur 16thn ke?
btw, dah berjalan sana sini peluang nak kene tu tggi la. tapi takkan la nak berkurung je dlm rumah, so pandai2 la jaga sop. hrp anak ni cepat pulih
Quote becir 11-2-2022 11:40 AM
Sweden and UK dah announced takkan ada covid sop lagi. Mungkin Malaysia pun join tak lama lagi..pandai2 la jaga diri memasing. Kalau takut sgt berjangkit kurung je diri kat rumah
Quote hareeeesah 11-2-2022 11:41 AM
anak 4tahun, dia kawin 2019, eh wartawan ni nak suruh semua edisi calculator plak.
Anywho pegi holiday dgn kwn laki kan.. tah lepak kemana ke apa. Patut 2nd time dah ambik iktibar, bukan tunggu 3rd time
Quote prettyuglybabe 11-2-2022 11:49 AM
selayaknya la kena berkali-kali..
tengok gambar tu pun tau kau bukan kisah pun anak kau pakai mask betul ke tidak..
kau yang tergedik-gedik nak berjalan nak melangut acah nak nasihat orang lain jangan gi holiday..
orang kalau sekali dua dah kena, takde fikir dah nak g holiday beramai-ramai segala..
trauma kalau boleh nak jauhkan diri dari orang ramai at all..
nak holiday pun sendiri-sendiri and cari tempat bukan tumpuan..
Quote naina 11-2-2022 11:50 AM
Hmm bestnya holiday check in hotel
Tahun lepas memang tak g Mana2 vacation pun
Pergi air terjun dengan pantai dekat2 je
Tapi bagus jugak..
Quote primarikey 11-2-2022 11:53 AM
Dah tu p la hntr ank tu p cucuk vaksin
Quote anony-mous 11-2-2022 11:56 AM
Kira anak dia dah lengkap berbooster lah kan sbb dah 3 kali kobid?
Quote Samerosie 11-2-2022 12:00 PM
akusukaq replied at 11-2-2022 11:34 AM
Dah mak bapak pun kawen tak cukup umur, nak harap apa khenn

Iols baca geng bapa dia pun ada terus speku melepak sampai tengah malam gitew iols fitnah..
Quote mizruncing 11-2-2022 12:04 PM
sapa yg dah kena mesti cakap tak sangka jadi gini pas tu terus seru orang lain tak bg pegi holiday jalan2 bagai. padahal kau SOP pon kelaut. tu je punca nyaa. mcm member aku pon siap warning suh dok umah jangan pegi holiday ke mana2. last2 kau dah bebas covid kau org pertama plan holiday berjalan bagai
Quote mzzenma 11-2-2022 12:06 PM
Adik ni nak minta pkp kut boleh wfh

#donefitnah
Quote manzilla 11-2-2022 12:07 PM
primarikey replied at 11-2-2022 11:53 AM
Dah tu p la hntr ank tu p cucuk vaksin

Akhirnya ada juga forumer yang bijaksana.

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.106818 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top