|
Selepas mencuba pelbagai produk melebatkan rambut, pemain gitar utama kumpulan Kristal, Rody akhirnya membuat keputusan melakukan rawatan menanam rambut di sebuah klinik.
Menurut Rody atau Mohd Rodi Baharudin, dia nekad melakukan proses tersebut selepas berdepan masalah rambut yang teruk sejak beberapa tahun lalu. "Kali terakhir saya botak masa pergi tunaikan umrah sekitar 2017. Lama juga saya simpan rambut ini, memang sayang bila nak botakkan kepala. "Tapi sebab ada masalah rambut, saya terpaksa berkorban botakkan kepala. Ikutkan dah macam-macam produk cuba, tapi tak berjaya.
"Makin lama, makin berkurangan rambut saya di bahagian depan. Itu yang saya nekad untuk buat rawatan tanam rambut," katanya kepada mStar. Terdahulu, Rody berkongsi foto memperlihatkan dirinya membuat rawatan tanam rambut di Instagram miliknya.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.171581 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.