CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Eric Fuzi Dipersalahkan, Didakwa Punca Iqbal Jadi Penyanyi Dan Rosakkan Industri

11-2-2022 10:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6850| Komen: 52

Nampaknya kecaman netizen terhadap usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli masih belum berakhir apabila kali ini individu yang membantunya menghasilkan single pertama iaitu Eric Fuzi turut terkena tempias kritikan.


Ahli kumpulan Floor88 ini berkata dia menerima banyak mesej daripada netizen yang meluahkan rasa kurang senang apabila usahawan berusia 27 tahun itu dipilih menyertai program Big Stage 2022.


Foto: IG


Kata Eric, 30, netizen menyalahkannya seolah-olah menjadi punca Iqbal terjebak sebagai penyanyi hingga layak menyertai pertandingan nyanyian untuk bakat baharu itu.

"Ya ramai mesej peribadi (DM) marah-marah kononnya saya punca Iqbal jadi penyanyi dan merosakkan industri. Saya nak jelaskan semula, sebelum ini saya bersetuju hasilkan lagu untuk Iqbal sebab dia kata sekadar nak menyanyi untuk luahkan isi hati dan promosi produk... bukan sebab nak jadi penyanyi.

"Dia client kami dan kita ikut apa permintaan dia, saya sendiri tak sangka dia akan sampai ke tahap ini. Malah saya berulang kali ingatkan dia kalau betul nak jadi penyanyi kena masuk kelas vokal, lagu yang dinyanyikan itu bukan untuk industri dan hanya sekadar untuk masuk YouTube dan dia buat lagu itu menggunakan modal dia sendiri.

"Janganlah salahkan saya kalau dia diangkat menjadi penyanyi. Persoalannya siapa yang menerima dia jadi artis dan siapa yang izinkan dia masuk TV?" katanya kepada mStar.



Sebelum itu, Eric menerusi Instagram menasihati Iqbal supaya menarik diri daripada menyertai program nyanyian itu dan fokus kepada perniagaan sahaja.

"Nasihat seorang kawan, tariklah diri... tolong! Kekuatan kau sebagai usahawan dan teruskan dengan kerjaya kau tu.

"Masa PKP dulu ramai hina industri seni, kata industri seni tak penting, tapi bila Iqbal masuk Big Stage, ramai pula mempertahankan industri seni supaya tak dimusnahkan oleh seorang penyanyi usahawan. Menarik! sayang juga orang kita dengan industri seni kreatif ni," tulisnya pada ruangan kapsyen.


Mengulas mengenai persembahan Iqbal pada minggu pertama Big Stage 2022, Eric berkata usahawan itu tidak boleh menyanyi dan perlu mendapatkan lebih ilmu mengenai muzik.

"Sejujurnya memang teruk suara dia, tapi kalau dia betul-betul nak jadi penyanyi kena belajar lagi. Dia degil, lupa apa tujuan asal dia buat lagu dulu, dia kata bukan nak jadi penyanyi tapi sekarang dia boleh pula sertai program berkenaan.

"Kalau betul dia nak jadi penyanyi, saya rasa buat masa ini belum layak lagi. Saya sendiri akui kecewa apabila dia menyertai program nyanyian popular itu.

"Semasa lancar lagu Hujan itu dahulu pun dia beritahu kami banyak stesen TV dan radio panggil menyanyi live tapi kami bagi nasihat jangan buat sebab dia perlu belajar banyak lagi, kena ambil kelas sekurang-kurangnya enam bulan, kalau layak dan ada ilmu barulah boleh serius jadi penyanyi," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, kumpulan Floor88 meluahkan rasa syukur apabila lagu baharu berjudul 24434 yang dilancarkan pada 10 Januari lalu menerima sambutan baik penonton.



"Alhamdulillah, ramai penonton di YouTube beri komen positif mengenai naskah terbaharu kami ini. Sebenarnya lagu ini dihasilkan secara tak sengaja oleh Achoi, tak tahu mana mimpi dia dapat buat lagu itu.

"Syukur ramai dapat mesej dalam lagu itu. Sebagai penyanyi tak salah kita mengingatkan orang lain sesuatu yang baik dan berharap dapat beri kebaikan kepada orang lain juga.

"Dalam pandemik Covid-19 ini kita juga perlu ambil peluang dengan menggunakan platform yang Allah beri untuk sebarkan kebaikan kepada semua. Semoga lagu itu dapat memberikan manfaat kepada semua," katanya yang turut memaklumkan bakal muncul dengan lagu baharu berjudul Ku Ingin yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayukpingu 11-2-2022 10:21 AM
dia dibayar utk buat lagu. sape nak tolak?? tolak tepi kemampuan penyanyi yang memang sah2 tak reti nak menyanyi.
suara aku masa karoeke lagi bagus dari si iqbal agak nya
Quote Nurul8001 11-2-2022 10:32 AM
Masa kecik dia berlakon, comel Eric ni
Quote Mary_jane 11-2-2022 11:04 AM
Haah dari kecik si Eric ni berlakon. Sehabis banyak dah nasihat kat kau Iqbal, masih tak sedar2 lagi ke?
Quote jijilaaa 11-2-2022 11:31 AM
dah nama pun client, dia berrrrduit, berwanggg, dia buat lah.
Quote babelina 11-2-2022 11:46 AM
x pasal2 dia pula kna.. pdahal tu dh kira sumber rezki dia gak.. dh org nk bg projek..buat jer la..
aku n laki aku pn buat lagu gak masa covid mula2 dulu.. tp view x byk la psl xde nama.. hahaha..
Quote asfaz 11-2-2022 12:08 PM
1000% salahkan astro. Jijik betul cara nak naikkan rating. Salahkan jugak Bal yg tak sedor diri tu
Quote honeybee1802 11-2-2022 12:17 PM
Uik dah 30 thn si eric ni eh...igt lg drama pasal asrama yg dia membebel dr dorm sampai kelas...
Quote prettyuglybabe 11-2-2022 12:21 PM
dah 30 tahun budak ni? alahai..
cepatnya masa berlalu..
Quote Kepot 11-2-2022 12:27 PM
salah asterok la nk rating punya pasal.
Quote bottombikini 11-2-2022 12:59 PM
yarobi makin boolat si eric ni

masa kecik belakon best je
tegelak kalo tgk dia membebel
Quote ezacbee 11-2-2022 01:14 PM
Nak salahkan eric pesal lak. Dah memang bebal si kebal ni. Suara teruk pastu gigih nak jadi penyanyi.. Hareee
Quote bulalof 11-2-2022 01:33 PM
ni semua round up punya marketing strategy. saling kait mengait.
Quote ayukpingu 11-2-2022 02:08 PM
asfaz replied at 11-2-2022 12:08 PM
1000% salahkan astro. Jijik betul cara nak naikkan rating. Salahkan jugak Bal yg tak sedor diri tu:l ...

betol..setuju

astro patut belajar Big stage dari indonesia. bakat2 yang diaorg tunjuk dan pilih semua bukan kaleng kaleng...baru lah berkualiti . bukan kontroversi tak abis2 mcm astrooohh
Quote Hoola 11-2-2022 02:13 PM
Ditnhairbtercnta ni byk hal yg tudingmenuding
Hang kata aku, aku kt hang
Kontrvoersi murahan
Plottwist
Dan ygsekwtudgnnya

Smpai bila nk maju..ha??!!

Quote silampumeja 11-2-2022 02:20 PM
bottombikini replied at 11-2-2022 04:59 AM
yarobi makin boolat si eric ni

masa kecik belakon best je

Girlfriend lawo cantik... Pandai cari oii.. hahaha
Quote asfaz 11-2-2022 04:17 PM
bottombikini replied at 11-2-2022 12:59 PM
yarobi makin boolat si eric ni

masa kecik belakon best je

biodata-eric-fuzi.jpg

Dlu dia pernah sakit kan? Tpi eric ni mmg best berlakon. Pelakon kanak2 dlu best2.
Quote olezzeli17 11-2-2022 07:00 PM
Tapi bukan dulu sebelum Iqbal ni lancarkan single, dia kata dulu dia juara nasyid ke naib juara kat Kelantan.. kira aktif la nyanyi2 ni especially genre nasyid.. tapi tak pernah la dengar dia nyanyi, malas n tak berminat. Nk tengok YouTube single dia pun malas.
Quote kechikchomel 11-2-2022 07:04 PM
Dia ni macam Naim Daniel. Masa kecik² berlakon. Dah besar menyanyi. Ehhhh...tapi dia main keyboard kan
Quote Nenasketum 11-2-2022 10:59 PM
Yang tak menahan, Ajai pun layan.

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.057421 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top