CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Wanita Beli Selaput Dara Tiruan, Pakar Dedah Lelaki Sekarang Dah Tak Pentingkan Perawan

11-2-2022 09:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1194| Komen: 3

Isu keperawanan gadis sunti sering menjadi kontroversi jika ia dibahaskan di khalayak sama ada menerusi media sosial atau secara bersemuka.

Kumpulan hawa pastinya tampil dengan hujah dan ideologi mereka demi membela kaum sejenis yang acap kali dihina jika kehilangan dara sebelum berkahwin.

Malah ia pernah 'meletup' pada September 2019 apabila seorang wanita memuat naik status menyatakan dia diminta membuktikan sama ada dirinya masih dara atau tidak oleh tunangnya.

Foto: via mStar
Melihatkan keperawanan dan dara menjadi tunjang utama bagi golongan gadis, sesetengah pihak cuba mengambil kesempatan dengan menjual selaput dara palsu secara meluas dipasaran e-dagang.


Namun hakikatnya keberkesanan ia sama ada seperti selaput dara original tidak dapat dibuktikan.

Menurut Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin, tidak ada bukti keberkesanan 'selaput dara tiruan' akan mampu bertindak sebagai selaput dara original.

"Sedikit pendarahan semasa hubungan seksual yang pertama adalah normal kerana selaput dara yang koyak tetapi ramai juga yang tidak mengalami pengalaman sedemikian biarpun dia memang masih dara.

"Tiada kajian klinikal atau saintifik terhadap pendarahan sebegini, malahan tiada sebarang kajian terhadap kesan cecair pengganti darah tersebut kepada wanita atau lelaki yang terlibat.

Foto: via mStar

"Apa yang lebih penting ialah kejujuran daripada kedua-dua pihak terhadap status diri masing-masing," jelasnya kepada mStar ketika diminta mengulas tentang isu penjualan selaput dara tiruan yang berleluasa masa ini.

Malah beliau juga berpandangan bahawa produk yang dijual itu hanyalah cubaan untuk meraih keuntungan terhadap gadis yang risau dengan status keperawanan mereka akibat sejarah hitam yang dikhuatiri terbongkar jika tidak mengalami pendarahan ketika melakukan hubugan intim bersama suami pada malam pertama.

"Penggunaan selaput dara tiruan juga boleh dianggap sebagai cubaan untuk menipu diri sendiri dan juga pasangan. Ia bukti ketidakjujuran!

"Tiada pendarahan tetapi dara (suci) lebih penting daripada pendarahan tetapi palsu, logik kan?" ajunya sambil menegaskan berkata jujur kepada pasangan adalah lebih baik.

Foto: via mStar
Beliau juga menyatakan ramai lelaki tidak lagi menghiraukan isu keperawanan sebab ramai yang pernah menyebabkan gadis atau wanita hilang dara akibat hubungan sebelum berkahwin.

Lebih mengejutkan apabila beliau mendedahkan telah mengendalikan kes remaja hamil sejak 20 tahun lalu.

Sebelum ini pelatih pakar bedah Dr Nur Amalina Che Bakri pernah berkongsi tentang status keperawanan gadis dan menjelaskan selaput dara boleh terjejas dengan hanya melakukan aktiviti lasak seperti berlari, berbasikal mahupun memanjat.

Ia sekali gus menunjukkan betapa rendahnya tahap pemikiran masyarakat mengenai isu berkenaan apabila sering mengaitkannya seseorang itu tidak lagi perawan jika tiada darah apabila melakukan hubungan seksual pertama. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 11-2-2022 12:03 PM

Isu keperawanan gadis sunti sering menjadi kontroversi jika ia dibahaskan di khalayak sama ada menerusi media sosial atau secara bersemuka.


Kumpulan hawa pastinya tampil dengan hujah dan ideologi mereka demi membela kaum sejenis yang acap kali dihina jika kehilangan dara sebelum berkahwin.
Quote zarulnazmi 11-2-2022 12:28 PM
Betul ke lelaki tak pentingkan perawan? Tapi baru tahun ni juga saya baca keluhan seorang lelaki pasal isterinya pernah dirogol dan berstatus anak luar nikah. Lelaki tu terpaksa teruskan perkahwinan sebab tarikh dah dekat. Nak ikhlaskan hati pun tak mampu sebab bila ada masalah dalam rumah tangga mereka, lelaki tu terus ungkit sejarah lama isteri dia sedangkan isteri dia tak salah pun.

Kalau isteri hilang dara bukan atas kerelaan sendiri pun jadi masalah pada si suami, bayangkan macam mana kalau suami-suami lain dapat tahu isteri-isteri mereka hilang dara sebelum kahwin dengan lelaki lain atas kehendak sendiri.
Quote Artemesiaa 11-2-2022 12:30 PM
Tapi bagi orang Asia walau macam mana maju pun mereka masih ada yang amat menitik beratkan hal itu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.033928 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top