Tegar Septian yang ditemu bual Gempak sebaik tamatnya konsert pertama Big Stage baru-baru ini menjelaskan sebab memutuskan untuk berkahwin di usia muda.
“Kerana mahu menghilangkan zina,” ujarnya ringkas. Nampak sungguh sisi matang penyanyi kelahiran Indonesia berusia 22 tahun itu, apatah lagi sejak memiliki cahaya mata lelaki. “Alhamdulillah, sejak mendirikan rumah tangga, saya kerap berada di rumah bersama isteri dan anak. Saya lebih dewasa kerana sentiasa fikirkan tentang keluarga kecil saya. “Tambahan pula, saya juga sudah jarang melepak di luar dengan kawan-kawan. Jadi duduk di rumah dan memberi fokus pada perkongsian kandungan di YouTube sahaja,” katanya kepada Gempak. Tegar yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang berkahwin dengan Sarah Sheilka pada Mac 2020 dan dikurniakan cahaya mata yang diberi nama Abidzar Oktaviano Putra Septian, 2. - CARI
|
intan244 replied at 11-2-2022 08:57 AM
nikah mac 2020, feb 2022 anak dah 2 tahun? dah beranak baru kawen ke apa
whimsicalmusic replied at 11-2-2022 12:56 PM
Tahun ni kira die bundar la anak da dua tahun..aku husnuzon cmtu la
ADVERTISEMENT