CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli Perniagaan Wanita Dipenjara 16 Tahun Simbah Asid Pada Dua Wanita

10-2-2022 07:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2853| Komen: 24

Seorang ahli perniagaan wanita yang menyimbah asid ke atas dua wanita perlu menjalani hukuman penjara 16 tahun selepas gagal dalam rayuannya supaya hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya berjalan serentak.


Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Datuk Yaacob Md Sam, menolak rayuan Shafiqah Izzati Badrul Hisham selepas memutuskan Mahkamah Tinggi betul dalam memerintahkan dua hukuman penjara, lapan tahun setiap satu secara berturut-turut kerana terdapat dua mangsa.


Gambar hiasan

Dua lagi hakim yang bersidang ialah Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Nordin Hassan.

Shafiqah Izzati, 25, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menyimbah asid yang menyebabkan kecederaan kepada ibu saudaranya Rafzaliza Rafli, 36, dan Nadia Mohd Khalid, 38, yang merupakan rakan kepada ibu saudaranya.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Kencana, Taman Kencana Fasa 2, Pandan Perdana, Selangor pada 3.30 petang pada 29 Januari 2019.

Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun ke atas Shafiqah Izzati bagi setiap pertuduhan tetapi memerintahkan dia menjalani hukuman itu serentak yang bermakna dia hanya menjalani hukuman penjara lapan tahun.

Mahkamah Sesyen memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari 30 Januari 2019, hari dia ditangkap.

Pendakwaan bagaimanapun merayu di Mahkamah Tinggi, yang mengekalkan hukuman penjara lapan tahun bagi setiap pertuduhan tetapi memerintahkan Shafiqah Izzati menjalani hukuman itu berturut-turut.

Dia kemudian memfailkan rayuan terhadap hukumannya kepada Mahkamah Rayuan untuk mengembalikan semula perintah Mahkamah Sesyen bahawa dia perlu menjalani hukuman penjara secara serentak.

Kedua-dua mangsa melecur di muka dan badan.

Peguam Jay Moy Wei Jiun yang mewakili Shafiqah Izzati manakala Timbalan Pendakwa Raya Parvin Hameedah Natchiar bagi pihak pendakwaan. 


Sumber: Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wikedsaikel 10-2-2022 07:30 PM
16 tahun je kena? Bagi lah 25 tahun. Ni 16 tahun tup tup 12 tahun je dalam nun. Org yg kena tu siksa seumor hidop la say-10.
Quote intan244 10-2-2022 10:29 PM
berita msia mcm ni la. cuba la cerita sikit apa reason dia buat macam tu, baru la menarik.
Quote me12345 10-2-2022 10:51 PM
Simbah acid 8 tahun je....
Quote exclusive_vvip 10-2-2022 11:02 PM
Dalam beberapa tahun yg lepas, dlm 2006 keatas kalu x silap..ada kes penyimbah asid bersiri kat KL…dia naik motor pastu simbah kat org yg kat tepi jalan..ada sesapa ingat tak kes ni?
Quote Tembikaigoreng 11-2-2022 12:15 AM
Tak nakkk...Aku nak simbah asid ke muka dia balikkk!! Baru adil
Quote she 11-2-2022 12:25 AM
exclusive_vvip replied at 10-2-2022 11:02 PM
Dalam beberapa tahun yg lepas, dlm 2006 keatas kalu x silap..ada kes penyimbah asid bersiri kat KL… ...

Ingat2…ada satu mangsa tu dia dalam kereta…ada laki naik motor ketuk cermin…dia roll down tingkap…sekali kena simbah asid

Mangsa dia random aje semua
Waktu tu macik bawak kete memalam semedang ekon
Dulu2 buka juga tingkap amek angin malam
Quote fefeeling 11-2-2022 12:29 AM
intan244 replied at 10-2-2022 10:29 PM
berita msia mcm ni la. cuba la cerita sikit apa reason dia buat macam tu, baru la menarik.

Reputz gred D uoll
Quote hareeeesah 11-2-2022 12:40 AM
exclusive_vvip replied at 10-2-2022 11:02 PM
Dalam beberapa tahun yg lepas, dlm 2006 keatas kalu x silap..ada kes penyimbah asid bersiri kat KL… ...

Kawan iols ada yg kena time tu. Dia baru turun kereta nak masuk rumah pastu perasan ada motor ke arah dia kelam kabut dia masuk kereta balik tp x sempat tutup pintu but lucky her la dia kena sikit je sgt sipi & the rest kena kerusi. Nasib ada fam members mmg tunggu dia so jeritjerit semua cepat² ambik air basuh dia kata panass.. scary giler time tu

Utk x ot ni kes apa dia simbah kat makcik dia?
Quote matchstick 11-2-2022 01:09 AM
Muda lagi ahli perniagaan..dia meniaga apa. Produk timbang kati ke. Jadi ponder kut JV dgn makcik tu pastu gaduh pasal duit barangkali. Sekian spekuan Aku. Sila sambung
Quote matchstick 11-2-2022 01:11 AM
https://ohbulan.com/mula-mula-paksa-minum-sanggup-simbah-mak-saudara-asid-sebab-tak-nak-bayar-hutang/amp

Nah link utk cerita sebenar
Quote evlinne 11-2-2022 06:03 AM
matchstick replied at 11-2-2022 01:11 AM
https://ohbulan.com/mula-mula-paksa-minum-sanggup-simbah-mak-saudara-asid-sebab-tak-nak-bayar-hutang ...

Kental bethol hati betina ni
Dia suruh minum air berisi asid ke mula2 tu, pastu mangsa2 taknak minum air baru dia simbah terus?
Quote LoveSungmin 11-2-2022 06:19 AM
mata sebelah tu buta ke? kesiannya.. teruk betul.. ringan sangat 16 tahun tu
Quote ultra78 11-2-2022 06:22 AM
Jahat betul. Ahlong pun setakat simbah cat aje
Quote sukacactus 11-2-2022 07:05 AM
Jahatnya...mcm xpadan je hukuman 16 tahun tu
Mula igt mangsa yg berhutang pada tertuduh
Terbalik rupanya
Quote babelina 11-2-2022 10:30 AM
aku ingt kt luar negara.. rupa nya kt cni.. tp berita x penuh la.. xtaw punca nya.. frust btl baca.. mcm xde klimax..
Quote apalancut 11-2-2022 12:18 PM
https://ohbulan.com/mula-mula-paksa-minum-sanggup-simbah-mak-saudara-asid-sebab-tak-nak-bayar-hutang gila aaa budak nih.. dah la rembat duit mak sedara dia..

Quote namr 11-2-2022 12:37 PM
Simbah dia dgn asid jugak baru adil
Quote mejaputih 11-2-2022 12:44 PM
ok dah baca kat laman oh bulan sebab dia buat camtu...teruknya dia dah la berhutang, pastu xnak byr hutang.pastu suh mak sedara dia minum asid tu, bila taknak minum dia simbah asid tu...patut hukuman simbah balik asid ke muka dia..sian mak sedara dan kwn dia, rasanya buta kot sebelah mata.
Quote Reira77 11-2-2022 02:18 PM
Jahatnya. Igtkan mak sedara yg hutang dia. Sekali dia yg rembat kad org tu. Siap suruh minum mula-mula tu. Ni sejenis sadistik. Tkde belas kasihan kat org

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.074594 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top