|
Seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai terjatuh dalam kejadian di Kuarters Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima makluman berkaitan kejadian daripada orang awam menerusi panggilan MERS 999. "Mangsa merupakan seorang kanak-kanak lelaki berumur lingkungan antara lima tahun dipercayai terjatuh dari aras 10 kuarters berkenaan. "Mangsa dikatakan dalam keadaan tidak sedarkan diri pada ketika itu dan telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menggunakan ambulans Briged Tengah PGA," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Katanya, usaha untuk menyelamatkan telah dijalankan kira-kira jam 9.45 pagi. "Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di HUKM. "Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan mana-mana balai berdekatan atau terus berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Faeez Norzah di talian 013 2773407," katanya. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana kesalahan Pengabaian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). "Orang ramai juga diseru supaya tidak melakukan pengabaian ke atas kanak-kanak di bawah umur bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku," katanya. Sumber: Sinar Harian
|
sharlenetexas replied at 10-2-2022 08:55 PM
Briged tengah ni kat cheras ke?
tepisket.. replied at 10-2-2022 10:49 PM
Kat Cheras Batu 12 kan? Pernah duduk sini tahun 93-95. Dulu kalau xde air. Fuhh putus urat nak amik ...

akies replied at 10-2-2022 10:54 PM
mcm mana boleh terjatuh..
Kesian..
tepisket.. replied at 10-2-2022 10:49 PM
Kat Cheras Batu 12 kan? Pernah duduk sini tahun 93-95. Dulu kalau xde air. Fuhh putus urat nak amik ...
Chah21 replied at 11-2-2022 01:24 AM
Ada info kta mak tgh mabuk teruk.. mungkin mak baring x perasan anknya panjat tingkap atau balkoni
Chah21 replied at 11-2-2022 01:24 AM
Ada info kta mak tgh mabuk teruk.. mungkin mak baring x perasan anknya panjat tingkap atau balkoni

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.083297 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.