CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Syukur Sangat Dah Lengkap Dos" - Nurul Izzah Positif Covid-19

10-2-2022 06:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1585| Komen: 7

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengesahkan dirinya positif Covid-19 setelah menerima laporan ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) yang dilakukan.


Beliau yang mengalami simptom ringan kini menjalani kuarantin kendiri di rumah.


Kredit foto: IG Nurul Izzah

"Saya telah menerima laporan ujian PCR yang menunjukkan saya positif Covid-19, namun memandangkan kami sudah menjalankan kuarantin kendiri sejak 6 Februari, kami akan meneruskan home surveillance order (HSO) dan melakukan yang terbaik bagi melindungi Safiyah (anak) daripada terkena jangkitan.

"Selain daripada simptom ringan biasa (lesu, hidung berair dan sakit otot atau sendi), alhamdulillah kami dalam keadaan baik," katanya menerusi hantaran di sosial media pada Khamis.



Beliau berkata, Covid-19 bukan situasi yang mudah untuk dilalui walaupun keadaan yang dialami tidak begitu teruk berbanding ketika mengalami demam denggi.

Katanya, penting untuk semua orang dilindungi dengan vaksinasi.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manzilla 10-2-2022 08:12 PM
Kalau sudah dicucuk:
Bergejala ringan - nasib baik sudah dicucuk, kalau tidak dah teruk dah.

Bergejala teruk - nasib baik sudah sudah dicucuk, kalau tidak dah jadi mayat dah.

Dah jadi mayat - nasib baik sudah dicucuk, kalau tidak tahun lepas dah jadi mayat dah.
Quote primarikey 10-2-2022 08:21 PM
manzilla replied at 10-2-2022 08:12 PM
Kalau sudah dicucuk:
Bergejala ringan - nasib baik sudah dicucuk, kalau tidak dah teruk dah.


Haha ...lucu...win kaka
Quote AbukRokok 10-2-2022 08:57 PM
tidak dicucuk wah sihat saja like always  klu cucuk mzti tak sihat.. semput mengah like many others lpas cuk
Quote kakikuDibibirmu 10-2-2022 09:01 PM
Cucuk jangan tak cucuk!
Quote manzilla 11-2-2022 12:49 AM
AbukRokok replied at 10-2-2022 08:57 PM
tidak dicucuk wah sihat saja like always  klu cucuk mzti tak sihat.. semput mengah like many others  ...

Hek eleh. Periuk mengatakan belanga hitam.
Quote musangbodoh 11-2-2022 02:46 AM
cian mak jan nie...kt mana tu...obersea ke...

btw bagus dia nie ex parlimen tmpt aq
Quote Matyein 11-2-2022 11:24 AM
semoga allah permudahan segala urusan ...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.028057 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top