CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keselesaan Pelancong Tergugat, Pihak Berkuasa Mandulkan Monyet

10-2-2022 06:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1191| Komen: 9

Pihak berkuasa wilayah Petchaburi di Thailand mengambil langkah proaktif dengan memandulkan monyet-monyet liar di wilayah tersebut kerana mengancam sektor pelancongan, lapor laman berita Thaiger semalam.


Seorang penasihat bagi Kementerian Sumber Alam Semula Jadi dan Alam Sekitar berkata, bilangan monyet liar yang semakin meningkat di wilayah itu menggugat keselesaan pelancong kerana haiwan tersebut sering mencuri barangan milik mereka.

Buat masa ini, terdapat antara 1,000 hingga 1,500 ekor monyet bagi setiap daerah dan angka ini meningkat kepada 3,000 di daerah Muang.


Gambar hiasan/The Star

Populasi di luar kawalan itu memaksa pihak berkuasa untuk mengasi haiwan tersebut bagi mengawal keadaan.

Dalam beberapa tahun lepas, sebanyak 600 ekor monyet telah ditangkap untuk dimandulkan sebelum dibebaskan semula.

Sampel darah turut diambil daripada monyet-monyet tersebut untuk membuat saringan sama ada ia berisiko membawa penyakit anjing gila.

Kawanan monyet di beberapa wilayah di Thailand diketahui sering memaparkan sikap agresif terutamanya di Lop Buri. 

Di sebuah kawasan tokong terkenal yang digelar sebagai ‘tokong monyet’, Phra Prang Sam Yod, sering berlaku insiden pertarungan antara kawanan monyet yang berada di situ. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 11-2-2022 02:48 AM
ngo mesia kena marah nie...hantar memo cpt....melanggar hak asasi monyet...
Quote ashilalat 11-2-2022 03:26 AM
Malaysia bila nak mandulkan anjing liar? Lupa nanti NGOk marah plak.
Quote ais_kosong 11-2-2022 08:13 AM
Aku setuju ja haiwan stray ni dimandulkan!!
Bukan nak diorang pupus tapi kalau terlampau banyak dengan xda makanan
lagi kesian berebut makanan.
Quote petak96 11-2-2022 09:28 AM
Please Malaysia pun buat yang sama. Mandulkan semua haiwan stray ni terutama kucing dan anjing.
Quote hashashes 11-2-2022 01:29 PM
Aku teringat masa kecik masa lalu kat kawasan diorang, dengan tak semena2 keropok aku kena rampas. Nasib tak kena gigit
Quote Artemesiaa 11-2-2022 01:37 PM
Bahaya haiwan ni suka curi barangan pelancong
Quote bakingsoda 11-2-2022 02:22 PM
Edited by bakingsoda at 11-2-2022 02:25 PM

ada je kan komen bodoh pasal haiwan jalanan dimana2. yg tak suka mandulkan haiwan tu PENTERNAK atau BREEDERS SETAN je. spesis yg sama menambah haiwan jalanan lepas menternak selama bergenerasi atau terlalu tua, kilang dah tak berfungsi, kos rawatan terlalu mahal tapi tak menjana income. pencinta haiwan 10000% sokong pemandulan utk kawal populasi
Quote Decaffeinated 11-2-2022 04:12 PM
musangbodoh replied at 11-2-2022 02:48 AM
ngo mesia kena marah nie...hantar memo cpt....melanggar hak asasi monyet...

NGO mesia mana yang marah?
Dekat Thailand NGO animal lover segala bala ni lebih aktif dan vocal if this is wrong.


Quote misc 11-2-2022 04:46 PM
Tolong mandulkan monyet2 kat waterfall penang. Seram ooo kena kejar monyet. Taubat tak jejak situ dah.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.160710 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top