CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dihalau Dari Kota Suci Vatican Kerana Terlalu Seksi

10-2-2022 06:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3322| Komen: 25

Seorang influencer dikenali sebagai Juju Vieira dianggap ‘terlalu seksi’ dan diusir dari tempat pelancongan di Vatican.

Bintang sosial media itu dilaporkan memakai gaun ketat yang digandingkan dengan but setinggi paha semasa lawatannya ke kota suci Vatican pada minggu terakhir Januari lalu.


Kredit foto: The Sun

Dia juga diminta keluar oleh pihak keselamatan Vatican City selepas melanggar kod berpakaian.

Menurut laporan Meaww, Juju Vieira merupakan personaliti media sosial Brazil yang berusia 34 tahun dan aktif di Instagram.


Vieira mempunyai hampir 27,000 pengikut dan dengan lebih 200 hantaran di aplikasi itu.

Dia membuat peminat dan pengikutnya terhibur dengan berkongsi butiran kehidupan peribadinya dan vlog perjalanan yang menarik.


Kredit foto: The Sun

Instagramnya juga dipenuhi dengan gambar dari pelbagai bandar, termasuk lawatan kontorversialnya ke Vatican City baru-baru ini.

Menurut New York Post, Juju Vieira berkata dia berasa malu selepas diusir dari Vatican City kerana pakaiannya yang seksi.

“Seorang lelaki bekerja di sana mendekati saya dan berkata ini adalah tempat beribadat dan saya tidak berpakaian dengan betul,” katanya kepada Jam Press.

Dia juga mengakui tidak mengetahui etika berpakaian dan hanya memilih pakaian yang selesa.

Juju Vieira mendakwa dia berpakaian sopan semasa lawatannya.

“Orang yang waras tidak akan melawat Vatican dengan pakaian kelab. Saya bergaya dengan pakaian musim sejuk saya, semuanya sesuai.

“Saya memakai pakaian yang selesa supaya saya berasa selesa berjalan-jalan dan keselesaan adalah satu-satunya kebimbangan saya,” Katanya.
 
Menurut laman web rasmi Basilika St. Peter, kod pakaian telah ditetapkan untuk lelaki dan wanita.

“Wanita tidak dibenarkan memakai baju atas tanpa lengan, baju berpotongan, atau baju ketat, bahu hendaklah ditutup, dan memakai skirt atau gaun yang menutup lutut.

“Adalah baik bagi wanita untuk membawa selendang dan bingkap semasa melawat ketika musim sejuk, serta jaket ringan yang boleh digulung ke dalam bag kecil yang cantik,” kata laman web itu.

Juju Vieira mengakui dia tidak mengetahui peraturan itu dan menggelar kejadian itu sebagai ‘keadaan yang tidak menyenangkan’. 


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idril 10-2-2022 06:09 PM
mama E lagi la x layak dtg sini
Quote mrsLucky 10-2-2022 06:12 PM
Mesti bukan kristian atau orang kristian yang tak pernah pi church.
Quote makadek 10-2-2022 06:36 PM
Ni mesti Kristian jahil mcm Muslim yang tatau hukum Hakam
Tak sejuk ke weh Pakey cemgitu je
Quote awanearisu 10-2-2022 06:43 PM
gagal kod etika berpakaian kerajaan sekali. gaun atau skirt tidak menutup lutut.
Quote bottombikini 10-2-2022 07:00 PM
huh mcm bond girl
zaman sean connery la tapi
Quote djzara81 10-2-2022 07:06 PM
Aku x pnh pi VC. Sana xde sediakan jubah mcm masjid2 bagi kat pelancong yg x ikut etika pakaian?
Quote makneng 10-2-2022 07:51 PM
Tin E n kuin kepam kalau pegi sini tayang celah tek n celah bon  sure kena sula terus.
Kepam kena sula plus rejam sbb tek n bon sheolls menggeleber teruks
Quote haruslah 10-2-2022 08:36 PM
Bukan lebai, who cares
Quote capiloton 10-2-2022 08:42 PM
nampak kepam
Quote fezy 10-2-2022 09:20 PM
banyak la dia sopan. blkg baju tu kok selak rambut, nampak kan lace bra dia
Quote Kitty_catz 10-2-2022 09:23 PM
Demi kotey ehh konten.






Quote sharlenetexas 10-2-2022 09:28 PM
Kalau ikutkan gi duomo pun takleh pakai singlet dan shorts.

Quote Belibis 10-2-2022 09:34 PM
Nyonya,ah so kat sini selamba jer masuk opis gomen dengan seluar pendek..betis bintik2 bekas nyamuk gigit.
Quote Decaffeinated 10-2-2022 09:56 PM
djzara81 replied at 10-2-2022 07:06 PM
Aku x pnh pi VC. Sana xde sediakan jubah mcm masjid2 bagi kat pelancong yg x ikut etika pakaian?

Takde. Paderi ja pakai jubah. Pakai seluar dgn tudung bawal pun OK.

Tapi kalau Notre Dame dan temple dalam kompleks National Palace, Bangkok tak boleh pakai penutup kepala macam topi (hence tudung included)


Quote esbok 11-2-2022 02:47 AM
cakap pasal selesa, ada orang selesa tak berbaju.
Quote musangbodoh 11-2-2022 03:03 AM
fezy replied at 10-2-2022 09:20 PM
banyak la dia sopan. blkg baju tu kok selak rambut, nampak kan lace bra dia

tajam no mata hg..aq kena tgk 2nd round gambar pertama sbb miss...tang bontot tu no komen..terbaik
Quote ellejo 11-2-2022 03:21 AM
aku penah sekali pegi vatican. ramai gila orang, tu pun beli online dan bayar lebih dekat setengah jam juga tunggu tiket tu.  time tu aku pakai skirt juga tapi bawah lutut. better ada guide sbb guide tu tau mana nak cilok di tengah keramaian orang. cantik dia buat ceiling. michaelangelo yg lukis.

kat tempat beratur nak masuk tu ada yg jaja shawl/pario.
dulu ada yg kata kena bawak passport. ai bawak tak kene cop pon. kencing lebih.
Quote Cintakapuri 11-2-2022 03:49 AM
Belibis replied at 10-2-2022 09:34 PM
Nyonya,ah so kat sini selamba jer masuk opis gomen dengan seluar pendek..betis bintik2 bekas nyamuk  ...

Yeke nyamuk
Quote evlinne 11-2-2022 05:07 AM
Nape badan dia nampak fake sgt

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.094628 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top