CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shiha Zikir Sakit Misteri, Perut Mengembung Gara-gara Review Makanan

10-2-2022 06:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2744| Komen: 11

Penyanyi dan pelakon, Shiha Zikir memilih untuk tidak terlalu terbuka dalam menerima tawaran membuat ulasan produk makanan.

Shiha berkata, kerisauan dan pengalamannya yang sebelum ini pernah diuji dengan sakit misteri membuatkannya lebih berhati-hati.


Kredit foto: IG Shiha

"Saya risau kalau produk makanan dan sebab itulah saya tak buat ulasan makanan. Saya berhati-hati dalam banyak perkara.

"Saya sudah lalui sendiri. Keluarga terdekat saya sahaja yang tahu apa yang berlaku kepada diri saya. Saya doakan orang yang 'buat' itu, dapat kesedaran," katanya kepada Harian Metro.


Diminta mengulas mengenai pengalamannya itu, Shiha berkongsi mengenai situasi yang berlaku beberapa tahun lalu itu.

"Perkara ini berlaku lebih kurang tiga tahun sebelum dunia dilanda Covid-19. Nak kata tak percaya, tak boleh juga sebab ia memang wujud.

"Pernah satu ketika, sewaktu saya menjalani penggambaran, perut saya kembung. Waktu itu, saya berada di Cameron Highlands.

"Dia punya besar sampaikan jurukamera menegur saya dan katanya, perut saya nampak lebih besar daripada perutnya. Dia nasihatkan saya supaya balik," katanya.

Selepas kejadian itu, Shiha kemudiannya menjalani pemeriksaan di hospital, namun, doktor juga tidak dapat mengenal pasti penyakitnya.


Kredit foto: IG Shiha

"Memang teruk juga pada ketika itu saya menahan kesakitan. Saya kemudiannya masuk ke sebuah hospital di Ampang Puteri dan dua minggu ditahan di sana.

"Pada masa sama, saya juga turut kehilangan suara. Doktor nasihatkan supaya saya balik dan berubat," katanya.

Terbaru, Shiha kini muncul dengan single baru berjudul Kalam yang membawakan sisi berbeza Shiha sebagai penyanyi.


Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote exclusive_vvip 10-2-2022 06:09 PM
makan nangka kot
Quote Suchi 10-2-2022 06:14 PM
Tp mmg bahaya juga kan teringat kes kat indon yg buh racun kat sate nak bunuh ex pakwe tu sekali org lain yg makan dan mati.

So iols pikir mmg kena hati2 la nk terima makanan sebarangan ni.
Quote orkidorkido 10-2-2022 06:53 PM
exclusive_vvip replied at 10-2-2022 06:09 PM
makan nangka kot

Hahaha angin ye dak
Quote katak hijau 10-2-2022 07:01 PM
Bukti bergambar takde ke
Quote Normabaru 10-2-2022 08:09 PM
Tin minyak tu mungkin Kes sama kot tp dia xkisah
Quote Mary_jane 10-2-2022 09:18 PM
Kesian juga ye, cari makan punya pasal.
Quote spankee_fili 11-2-2022 07:36 AM
Itu lemak berternak namanya Shiha
Oh I take it back, jahat pulak mulut pagi2 jumaat ni
Quote prince_marhaen 11-2-2022 09:22 AM
eiii takutlah...jangan tiba-tiba busung tu menjelma jadi anak angkat pulak ye shiha....ehhh!!
btw shiha memang tryhard sangat untuk kekal relevan dalam industri kan..kekadang kelakar spontan, kekadang dah macam badut dah dok lalu fyp tiktok...produk lagu apa ntah semua tak berapa memorable
Quote jijilaaa 11-2-2022 10:48 AM
good luck shiha, jaga diri leklok. for me dia salah sorang artis yang mmg usaha keras untuk maintain dlm industri. lepas dia balik dari yindon, masuk rancangan lawak2 sikit. baru nampak dia menyinar gitu.. tu pun still slow jugak.
Quote babelina 11-2-2022 11:49 AM
dia nie blakon pndai.. tp tu la.. klau melawak tu kdg annoying sgt.. suara mmg dh sedap.. x dinafikan..
tp still x minat sgt dia..
Quote nakkomenjugak 12-2-2022 05:03 PM
frozen sungguh sheol
moga tuah lebih menyinar

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.184091 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top