Selepas isu ditegur Puteri Balqis, pelakon remaja Mia Sara menerusi laman Twitter meluahkan rasa bingung apabila kenyataannya sering disalah erti.
Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha, 17, bertanya mengapa ayatnya di laman sosial selalu diputar belit oleh netizen. "Kenapa orang selalu putar belit ayat saya?" tulisnya. Terdahulu, tindakan Mia menjawab soalan netizen mengenai kehidupan Puteri Balqis menerima respons pelakon itu.
Salah faham tercetus apabila Mia memberi pendapat di TikTok serta meminta netizen jangan menyalahkan Puteri Balqis kerana tidak semua orang dibesarkan dengan keluarga yang beragama. Bagaimanapun, pendapat Mia itu menerima teguran Balqis atau Puteri Balqis Azizi, 15, yang menganggap remaja itu bercakap buruk tentang dirinya sehingga dia menerima kecaman netizen di laman sosial. Manakala, pada 3 Februari lalu, Mia dikecam selepas memuat naik status penat disamakan dengan individu lain. Sementara itu, luahan Mia itu menerima pelbagai komen netizen yang meminta dia bercakap dan menulis dalam bahasa Melayu agar tidak disalah erti. Rata-rata netizen berkata, perkataan bahasa Inggeris yang digunakan remaja itu kadang-kala tidak seperti mesej yang cuba disampaikan. Selain itu, juga segelintir netizen meminta pelakon drama Strawberi & Karipap ini memohon maaf kepada Puteri Balqis atas tindakannya yang menggores hati pelakon itu. "Dah boleh tweet guna bahasa Melayu kot. Semakin awak guna bahasa Inggeris, semakin ke laut kenyataan dan persoalan awak. "Kadang-kadang orang salah tafsir apa yang awak nak sampaikan Mia, sebab itu baik awak gunakan bahasa Melayu. "Guna saja bahasa Melayu dik, senang. Baru semua faham dan tiada salah faham," tulis beberapa netizen. Sumber: mStar
|
September14 replied at 10-2-2022 09:02 PM
X suka aku budak ni gambar dia sume mcm perasan dia plg cantik padahal plain jer
Fly_over replied at 10-2-2022 09:16 PM
perasan budak ni. kemudian sheols dirempitkan balik balqis/mak balqis..
laksmanabentan: kecik2 da sibuk nak ambil hal ...
hangdenim replied at 11-2-2022 01:16 AM
Mia ni budak lagi chuols, give her a break. Chuols judge dia mcm otak sheols dah fully developed je ...
ADVERTISEMENT