|
Seorang pengguna Twitter ada menanyakan satu soalan kepada Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melalui satu ciapan yang ternyata mencuit hati netizen.
Soalnya, adakah seseorang itu dikira mati syahid jika tiba-tiba mereka bertukar menjadi zombi. Menurut BeautifulNara, pengguna tersebut mungkin terpengaruh dari filem-filem ataupun drama mengenai penularan wabak zombi. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu bagaimanapun melayankan sahaja pertanyaan individu terbabit. "Jauh saudari fikir, risau saya."
Menerusi ruangan komen, ada insan yang baik hati menjawab persoalan pengguna terbabit dengan berkongsi satu hadis mengenai isu mati syahid. Anda rasa zombi wujud ke? - CARI |

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.071200 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.