CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dr Akmal Suntik Anak Sendiri Buktikan Vaksin Selamat

10-2-2022 04:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2739| Komen: 20

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri mengambil tanggungjawab menyuntik vaksin Covid-19 kepada anaknya sendiri yang juga penghidap autisme bagi membuktikan suntikan itu selamat.


Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pemberian vaksin itu adalah sebagai galakan kepada ibu bapa yang masih khuatir untuk membenarkan anak-anak mengambil suntikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids).

Beliau berkata, anaknya, Muhammad Ziyad, 7, juga merupakan penghidap autisme, namun perkara itu bukanlah alasan bagi pengecualian mengambil imunisasi itu.


MUHAMAD Akmal Saleh (baju putih) menyuntik vaksin Covid-19 kepada Muhammad Ziyad sambil dipangku Fatin Nadhirah Idrus di PPV Dewan Datuk Haji Ahmad Ithnin, Merlimau, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA


“Saya juga risau seperti kebanyakan ibu bapa yang lain tetapi saya buat pembacaan mengenai kajian-kajian berfakta termasuk peratusan risiko komplikasi hanya 0.001 peratus daripada 8.7 juta kanak-kanak yang telah divaksin di Amerika Syarikat (AS). 

"Jadi, hari ini saya buktikan dengan membawa anak sendiri, kalau nak minta ibu bapa lain benarkan anak mereka divaksin, saya rasa patut mulakannya dahulu,” katanya selepas memberikan suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Datuk Haji Ahmad Ithnin, Merlimau di sini hari ini.

Turut hadir menemani adalah isterinya, Dr. Fatin Nadhirah Idrus.

Tambah Muhamad Akmal, kes direkodkan di AS itu membabitkan 11 kanak-kanak yang menghidap masalah radang jantung dan kesemua mereka sembuh sepenuhnya tanpa bantuan ubat-ubatan.

Sementara itu, seorang ibu, Zunita Yahya, 40, memberitahu, dia telah mendaftarkan ketiga-tiga anaknya berusia 9, 7 dan 11 untuk menerima suntikan vaksin melalui borang di sekolah.

“Ibu bapa tidak perlu risau, saya yakin vaksin ini selamat dan yang paling penting sekiranya mereka terkena jangkitan Covid-19, kesannya (komplikasi) kurang. Anak-anak kita bermain di sekolah, kita tidak tahu jika ada kawan-kawan mereka yang positif, jadi lebih baiklah kita memberikan mereka vaksin lebih awal,” katanya.

Dalam pada itu, seorang ibu dua anak, Hii Mei Ching, 47, pula berkata, dia berasa lega apabila kedua-dua anaknya berusia 8 dan 11 tahun telah menerima vaksin.

“Saya kerja di medan selera, berjumpa ramai orang, jadi saya risau kalau membawa jangkitan ke rumah dan anak-anak menjadi mangsa. Sekurangnya mereka telah divaksin dan antibodi lebih tinggi,” katanya.


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 10-2-2022 04:53 PM
ank die mcm x rela je


Quote orkid_amani 10-2-2022 05:26 PM
Betul ka dia inject vaksin?
Quote iman_kasih 10-2-2022 05:30 PM
Bagus Dr Akmal...contoh yg baik. Memang ramai mak ayah tak benarkan anak2 divaksin bukan takat bawah 12 thn yg hat sekolah menengah pun sama.
Quote vespa_oren 10-2-2022 05:35 PM
bagus dia ini
klinik dia pun bgi harga yg murah
org kmpg untuk org kmpg
Quote Suchi 10-2-2022 05:44 PM
vespa_oren replied at 10-2-2022 05:35 PM
bagus dia ini
klinik dia pun bgi harga yg murah
org kmpg untuk org kmpg

Klinik dia kat mana?
Quote kyrana 10-2-2022 05:49 PM
orkid_amani replied at 10-2-2022 05:26 PM
Betul ka dia inject vaksin?

Demi menjaga lesen doktornya laki bini ataupun tukar air dlm botol xde sape tahu. Sekian spekuan sahaja
Quote vespa_oren 10-2-2022 05:49 PM
Suchi replied at 10-2-2022 05:44 PM
Klinik dia kat mana?

kt merlimau  melaka
dia pun yb dun merlimau
plg tinggi majoriti
Quote orkid_amani 10-2-2022 08:32 PM
kyrana replied at 10-2-2022 05:49 PM
Demi menjaga lesen doktornya laki bini ataupun tukar air dlm botol xde sape tahu. Sekian spekuan s ...

Tapi sakit wei inject Pfizer..tangan xboleh angkat 3-4hari..tahan ka budak?
Kita yg tua pun nak demam
Quote mojarean_X 10-2-2022 08:34 PM
Pemimpin2 mcm ni moga dpt gantikan Atok2 yg x nk bersara dlm umno tu.
Quote Beribear 10-2-2022 08:59 PM
Patutnya kena buat video. Btw, anak kj dah buat tak?
Quote makita 10-2-2022 09:25 PM
Kelas ank meols yg setuju utk cucuk sorg je, 13 tak setuju dan 10 org lagi tak beri respon.
Quote Belibis 10-2-2022 10:16 PM
Masing2 ada hak memilih..kalau sakit pun bukan aku yg tanggung.
Quote ninnamina 10-2-2022 11:17 PM
Macam mana la ye budak2 ni lepas kene cucuk.. kita yg tua ni pun lepas cucuk sakit tangan berhari-hari, rasa nak demam..
Quote manzilla 10-2-2022 11:21 PM
Sesungguhnya tiada penyakit yang boleh menghalang daripada divaksin kecuali as-saam yakni mati.
Quote kitmal 11-2-2022 07:13 AM
Dia punya hak...............tapi asalkan tak paksa orang lain
Quote ctcheery 11-2-2022 08:12 AM
Tapi Aku xboleh blah yg paksa ank cucuk tu. Meronta-ronta ank tu xnak. Wisau Aku kang patah Jarum tu
Quote Jijoli 11-2-2022 10:55 AM
kaum lain ok Hanya melayu je kalut bab vaksin lagi2 geng habatusauda,  pemimpin2 politik baik pembangkang/ kerajaan 100%  pro vaksinasi
Quote MakareyumSuciey 11-2-2022 10:57 AM
Short term effect, selamat lah....long term?
Quote Lolalala 11-2-2022 11:43 AM
ctcheery replied at 11-2-2022 08:12 AM
Tapi Aku xboleh blah yg paksa ank cucuk tu. Meronta-ronta ank tu xnak. Wisau Aku kang patah Jarum tu ...

Cucuk masa darjah 1 tu pun macam² ragam ada. Sama je situasinya.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.046141 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top