Wan Sharmila mengakui terkejut apabila tular video wanita miripnya dipeluk anak perempuan Shuib dan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Dzahira Talita Zahrah.
Pelakon mesra disapa Lala itu juga menyuarakan kehairanannya apabila namanya banyak disebut netizen dalam video tersebut. Pun begitu, dia tidak menafikan fizikal wanita berkenaan mempunyai persamaan dengannya. “Selepas saya menontonnya, saya sendiri pun terkejut kerana tidak dinafikan wanita ‘misteri’ itu mirip saya.
“Tapi saya ingin menafikan bahawa wanita tersebut adalah saya. “Sebab sama. Sendiri tengok pun rasa sama. Mungkin betul juga apa yang netizen cakap. Tapi kelakar juga sebab ada yang sampai periksa kuku jari untuk buktikan wanita itu adalah saya,” katanya kepada Kosmo. Dalam masa sama, aktres itu menolak andaian netizen 'mengenenkan' dirinya dengan Shuib. “Saya tidak rasa netizen nak ‘kenenkan’ saya dengan Shuib. Mereka cuma meneka sahaja. Saya tak ambil hati pun. “Kalau Shuib cari jodoh, ramai lagi wanita yang elok-elok (cantik) di luar sana. Apa yang ada pada Wan Sharmila ini?” selorohnya. Mirip sangat ke sampai dikatakan persis Wan Sharmila, sebab nampak dari sisi saja videonya itu. - CARI
|
manehnya replied at 10-2-2022 05:36 PM
Nampak muda now, mcm kakak jer... Masa belom dpt bapaknye mmg la rajin melayan anak, tgk la lepas dp ...
olezzeli17: Sapa2 yg dkaitkan dgn Shuib, m ...
olezzeli17: Sapa2 yg dkaitkan dgn Shuib, m ...
ADVERTISEMENT