Syarikat farmaseutikal Pfizer dikatakan akan mendapat keuntungan lebih ASD50 bilion (RM209 bilion) pada 2022 berikutan hasil jualan untuk vaksin Covid-19 dan rawatan terapeutiknya.
Anggapan itu ekoran syarikat berkenaan melaporkan lebih dua kali ganda keuntungan tahunan hasil daripada jualan vaksinnya. Menurut laporan Kosmo, vaksin Covid-19 yang dibangunkan Pfizer dan hasil kerjasama BioNtech dari Jerman itu menjadi imunisasi pertama diluluskan di Amerika Syarikat untuk menentang virus Covid-19. Difahamkan, Pfizer melihat pendapatan 2022 yang lebih rendah untuk jualan vaksin berbanding tahun sebelumnya, tetapi penyerapan keuntungan adalah besar hasil daripada pil Covid-19 iaitu Paxlovid. Ketua Eksekutif Pfizer iaitu Albert Bourla menganggap tahun 2021 sebagai tahun aliran air untuk Pfizer sambil meningkatkan lagi usaha memerangi pandemik secara asasnya telah mengubah dasar syarikat. Pfizer juga melaporkan keuntungan tahunan sebanyak ASD22 bilion (RM92 bilion) iaitu lebih dua kali ganda berbanding tahun 2020 manakala pendapatan tahunan juga meningkat kepada ASD81.3 bilion (RM334 bilion) dengan ASD36.8 bilion (RM151 bilion) daripadanya adalah hasil jualan vaksin Covid-19. Pfizer dikatakan menjangka keuntungan sebanyak ASD32 bilion (RM134 bilion) daripada vaksin Covid-19 dan pendapatan ASD22 bilion (RM92 bilion) bagi Paxlovid. Bourla mendakwa Pfizer sedang berusaha menghasilkan calon vaksin baru untuk menentang omicron dan membuat rawatan Covid-19 secara oral. - CARI
|
Belibis: Pun masih tamak.tak puas2 paksa orang tambah dos..
Skuau replied at 11-2-2022 10:46 AM
mesti drng bnyk tgk ....citer omputeh...'cipta penyakit..tuk meniaga penawarnya'...
Hello, apa khabar
Boleh ku bantu masalah mu
Tiada sakit yang tiada ubatnya
Akan ku carikan penawar
Di kota teknologi para saintis
Bertungkus lumus hapuskan virus
Agar Metrofulus terus maju
Semua rakyat sihat sejahtera
(Bridge)
Kerna ku harapan kamu semua
Untuk mencari penawar
Tidak akan kau kecewa
Pelanggan ku dari rakyat jelata
Ke pemerintah negara
Berbakti untuk semua
(Korus)
Profesor Klon! (Yer?)
Servis termahsyur (Ahaa!)
Kebanggaan rakyat warga terunggul (Terima kasih!)
Profesor Klon (Yer?)
Profesor Klon (Ahaa!)
Doktor contoh Metrofulus
Profesor Klon (Haa Betul Tu)
Panggilkan wartawan
Akan ku hebahkan segala penemuan
Formula ramuan ubat-ubatan
Pasti berkesan mengatasi penyakit baru
Tetapi semua ada harganya
Jikalau tidak takkan ku kaya
Dan semua rugi
Penyakit tak di sembuhi.. susah nanti!
(Ulang bridge)
Tetapi ku punya rancangan
Untuk mendapat pengaruh dan kekayaan
Suatu hari seluruh Metrofulus
Aku, aku yang punya
(Ulang bridge & korus)
Artemesiaa replied at 11-2-2022 12:00 PM
" ... Can you hear it ring, It makes you wanna sing, It's such a beautiful thing--ka-ching, Lots of ...
manzilla replied at 11-2-2022 12:11 PM
Kalau anda masih ingat lagu ini, anda sudah tua.
ADVERTISEMENT