CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kongsi Tip Jadi Kaya, Ramai Puji Aliff Syukri Kini Makin "Humble" Dan Sempoi

10-2-2022 04:19 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 2548| Komen: 16



Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, 36, yang dulunya kerap melakukan kontroversi kini dilihat semakin rileks dan sudah jarang membuat isu panas.

Aliff akui kini sudah mula memperlahankan rentak di media sosial supaya kehadirannya dilihat lebih matang dan dikenali sebagai usahawan berjaya. Tambahnya lagi, beliau sudah malu membuat perkara-perkara sensasi seperti dahulu memandangkan anaknya kini sudah meningkat remaja.

"Anak-anak pun dah semakin membesar, dah jadi anak bujang dan anak dara. Saya dan isteri menjadi saksi betapa sukarnya nak membesarkan mereka dan kami pun dah tak boleh nak marah-marah sebab takut mereka memberontak, jadi dari situ kami sedar.

"Saya nak jaga reputasi saya sebagai bapa. Saya mahu hubungan perkahwinan saya dan isteri berkekalan. Saya nak rasa dihormati oleh isteri, anak-anak dan masyarakat," katanya. 


Namun baru-baru ini dalam satu perkongsian video di aplikasi TikTok, Aliff Syukri dilihat mengeluh kerana rumahnya terlalu besar dan orang di dalam rumahnya sukar mendengar apabila di panggil.


Jesteru, perkongsian itu menarik perhatian netizen dan ramai yang tertanya-tanya sebesar manakah rumah usahawan itu sehingga sukar untuk berinteraksi dengan ahli keluarga yang berada di ruangan lain.

Untuk menjawab persoalan netizen itu, Aliff telah berkongsi beberapa rakaman video tentang ruangan di dalam rumahnya serta menunjukkan ruang bilik airnya yang sangat luas dan cantik. 


Salah satu video yang turut menarik perhatian ramai adalah rakaman yang dibuat pembantu peribadinya (PA) yang memaparkan ruangan makan harian keluarga Aliff Syukri jika tidak ada tetamu.

Rupa-rupanya, meja makan yang digunakan untuk makan sehari-hari sama seperti orang kebanyakkan dan Aliff juga terlihat humble memakan lauk-lauk kampung seperti ikan goreng dan jering.


Ramai yang memuji perwatakan terkini Aliff  yang dilihat lebih rileks, sempoi dan matang berbanding dahulu ketika bercerita mengenai ruangan di rumahnya.



Netizen juga berharap agar Aliff dapat istiqomah dengan sifat sebegini di masa hadapan kerana tidak membuatkan orang ramai meluat dengan cerita-cerita sensasi yang tiada kesudahan seperti sebelum ini.

Dalam perkongsian lain, Aliff juga berkongsi dua tip untuk menjadi kaya iaitu berniaga atau berkahwin dengan orang kaya.


Jadi, Aliff tanya, korang pilih yang mana? - CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 10-2-2022 05:01 PM
namun hatiku ni masih hitam so iollss rasa ini sume propa!!
Quote sleepandream 10-2-2022 05:04 PM
propa gandahhh jahhhh
Quote Normabaru 10-2-2022 05:24 PM
tgh kumpul follower kt tiktok plak ke tuuuuu….


tu bukan humble tu humble brag.
kohkoh
Quote Thunderclouds 10-2-2022 05:25 PM
Wayangggggg...
Quote jijilaaa 10-2-2022 06:02 PM
tu pun salah satu marketing jugak..xkan bertahan punya lah..spesis toklip suka limelight..mana boleh dia humble
Quote fairy_fairy 10-2-2022 06:11 PM
Hodohnya rumah dia. Warna and design semua clash!
Quote laksmanabentan 10-2-2022 06:14 PM
da buat cantik2 rumah tapi duduk makan kat kerusi lama
abis tu yang beli tu semua nak buat apa???
sekadar nak tunjuk aja ker???

ishhh kenapa lah hati aku ni hitam nih...
hahahhahahahahaa....
Quote KucingBiru 10-2-2022 06:21 PM
fairy_fairy replied at 10-2-2022 06:11 PM
Hodohnya rumah dia. Warna and design semua clash!

kan.. rumah besar, material semua top mahal belaka tapi ID hauk namatey. Huduh gila rumahnya, ni kalau nak jual laku ke idak ntah.
Quote slyfynx 10-2-2022 09:51 PM
bijik la. wayang je ni
Quote musangbodoh 11-2-2022 03:16 AM
kayo pun makan jering ka?
Quote Harley_Quinn 11-2-2022 10:36 AM
Apo yg humble nya mkn ikan goreng jering tu?
Org2 kaya mmg x mkn eh mknn2 cmtu?
Quote DayangKirana 11-2-2022 05:55 PM
'buff tap'?? i'm dead!
Quote Note8687 11-2-2022 06:49 PM
Benak mana yg percaya sotong ni berubah? Kalau betul berubah dan zuhud, idok la dia up keliling rumah sampai ke jamban semua  tu.
Ramai dah beralih ke tiktok utk marketing bisnes. Fb dah banyak restriction. Kat tiktok joget nampak batu pun takde hal.

kena tukar nama alipsyukriak la pasni alipsyukurselalu
Quote anakjiran 15-2-2022 02:50 PM
yola tu
Quote jajahoney 16-2-2022 01:06 PM
betul la tu nak kaya cepat kahwin je dengan orang kaya.itu pun kalau ko cantik lah
Quote watatakut 20-2-2022 02:11 AM
hahhahaha kalau humble tak payah buat video langsung pasal tunjuk rumah ke harta ke..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.039905 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top