CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Tiba-tiba Turun Kenderaan, Mengamuk Di Persimpangan Lampu Isyarat

10-2-2022 04:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1770| Komen: 8

Seorang lelaki yang juga pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) secara tiba-tiba mengamuk dan memaki pengguna jalan raya yang lain.


Kejadian yang dirakam di sebuah persimpangan lampu isyarat berdekatan Centerpoint, Seremban itu telah mengakibatkan jalan sekitar kawasan tersebut sesak seketika.

Klip video berkaitan kejadian itu kemudiannya dikongsi di laman Facebook Inforoadblock, bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila kejadian itu dirakam.



Berdasarkan klip video berdurasi 1 minit 31 saat itu, kelihatan lelaki yang memandu MPV jenis Perodua Alza telah menghentikan kenderaannya di persimpangan terbabit.


Lelaki itu diihat keluar dari kenderaannya dan bertindak seperti orang kurang siuman dengan memaki hamun beberapa pengguna jalan raya di kawasan tersebut.

Dia kemudian menaiki semula kenderaannya sebelum meninggalkan kawasan terbabit.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial mendakwa lelaki tersebut kurang siuman serta mempunyai masalah kesihatan mental.

“Bahaya ni, kena jumpa pakar psikiatri, macam mane dia boleh ‘drive’ memandu?,”soal Syah Aril.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Muhammad Mike.

“Bahaya orang macam ni kalau dibiarkan ‘drive’ (memandu), takut disebabkan dia, orang lain yang tak bersalah jadi mangsa,”tulisnya.


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mikedavis 10-2-2022 04:14 PM
Dengan peningkatan bilangan kereta dan tingkah laku pemandu yang berbeza, kemalangan jalan raya terus meningkat. Punca biasa ialah pergerakan mengejut semasa berhenti di lampu merah dan pegawai itu perlu keluar dari laluan untuk mengelak daripada dilanggar. Ia tidak selalu salah seseorang apabila mereka menyebabkan jenis kemalangan ini, kadang-kadang ia tidak dapat dielakkan. mapquest driving directions
Quote acikhan 10-2-2022 04:15 PM
wei laluan haku hari2 pagi tghari ptg antar n ambik ank2 haku balik sekolah...
Quote .HannahMontana. 10-2-2022 04:17 PM
kesiannnnnnnnnnnn

kalau pendatang asing atau pendatang haram aku xkesian ok

benci dengan ramainya pendatang haram

malaysia babi ternak pendatang asing
Quote Artemesiaa 10-2-2022 04:44 PM
Apa nak kata makin ramai yang ting tong sejak dua menjak ni
Quote wirazam 10-2-2022 05:14 PM
Artemesiaa replied at 10-2-2022 04:44 PM
Apa nak kata makin ramai yang ting tong sejak dua menjak ni

Jgn bertukar jadi zombie sudah
Quote musangbodoh 10-2-2022 05:27 PM
share link....nk tanya byr bulan ke dh full settlement alza tu...
Quote cik_sssara 10-2-2022 05:28 PM
Makin canggih dunia, makin tinggi tekanan perasaan pada manusia sekarang ni. Tak kira peringkat umur.

Banyakkan bersabar.
Quote syaz_lina 10-2-2022 05:42 PM
Ni kesan cucuk beksin boostur la..uol apatau

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.037721 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top