CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Luahan Hati Anak Muda, Zahra Buat TPM, Muhyiddin

10-7-2015 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 64717| Komen: 453|Original author: GhostWalking

             
Oleh Loo Tung Seang
Artikel Diterbitkan : 10 Julai 2015





Masalah kekangan wang boleh dikatakan dihadapi oleh semua warga kerja, lebih-lebih lagi bagi para graduan yang baru mula bekerja, kebiasaannya sering digusari masalah gaji yang terlalu rendah. 

Berdepan dengan harga barangan yang tinggi, tambahan pula pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sejak April lalu, termasuk juga inflasi yang berlaku akibat kejatuhan teruk nilai matawang Ringgit, semua ini sememangnya menyebabkan bebanan hidup rakyat bertambah berat.

Rabu lalu, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Berhad (MTEM), telah memuatnaik sebuah video pada laman Facebook rasmi mereka yang mengenai ucapan seorang anak perempuan muda bangsa Melayu bernama Zahra ketika menghadiri program yang dianjurkan oleh MTEM sekitar pertengahan Jun.


Dalam ucapannya, Zahra telah meluahkan segala kepedihan hidup yang dialami oleh pemuda-pemudi sekarang, dengan harapan para pemimpin negara dan para usahawan yang berada dalam majlis tersebut agar mereka boleh membuat perubahan terhadap situasi yang berlaku sekarang. 

Ketika itu, hadir bersama ke majlis tersebut termasuk juga Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Zahra pelajar kolej yang berumur 23 tahun dan merupakan seorang graduan yang memiliki Diploma dalam Perundangan. 

Dalam ucapannya mengatakan ketika zaman persekolahan dia pernah banyak kali berimaginasi dirinya akan mempunyai masa depan yang indah. (catatan : Ramai antara kita dalam zaman persekolahan, biasanya akan memikirkan masa depan yang penuh harapan, yakin dengan keupayaan yang ada pada diri akan dengan mudahnya memperolehi kekayaan yang berlipat ganda serta mampu merancang kehidupan yang mewah)

Tapi ada pepatah yang mengatakan: "Realiti hidup yang penuh cabaran jauh berbeza dengan imaginasi yang penuh keindahan."

Zahra mengatakan juga kehidupan 2 tahun bekerja setelah habis pengajian di kolej menyebabkan dia rasa semakin kecewa dan marah, sebenarnya realiti hidup tidak seindah yang difikirkannya, hidup ini sungguh menyesakkan.

Dalam ucapan Zahra mengatakan, walaupun dia membawa kereta pergi bekerja, tetapi kereta itu sebenarnya pinjaman daripada ayahnya dan setiap bulan kena beri ayahnya RM500, namun 
sampai hujung bulan, disebabkan duit sudah habis, maka terpaksa menaiki LRT untuk pergi bekerja.

"Perkara ini betul-betul membuat saya rasa malu, sepatutnya saya kena berbakti pada ayah pada ketika ini, tapi sebaliknya saya masih perlu dijaga oleh mereka." 

Pada masa yang sama, Zahra turut menyatakan impian semua orang muda yang ingin memiliki rumah sendiri. 

"Tapi mampu ke tak membeli rumah? Nak menyimpan 10% untuk wang pendahuluan, paling cepat pun memerlukan tempoh masa 5 hingga 7 tahun?" 

"Kini, baru saya sedar kalau nak beli rumah di kawasn sekitar Kuala Lumpur seperti Melawati dan Ampang, sebulan sekurang-kurangnya perlu bergaji RM9000, tapi adakah saya berkemampuan?"

"Jadi saya hanya menyewa bilik sahaja, setiap bulan perlu bayar duit sewa bilik sebanyak RM500 dalam sebuah rumah yang diduduki seramai 8 orang."

"Namun demikian, kita semua tahu, terdapat banyak bangunan dan rumah baru yang telah siap dibina tapi dibiarkan kosong, tidak diduduki orang, kenapa?"

"Bagi graduan seperti kami, harga sebuah rumah sangat mahal buat masa sekarang, rumah-rumah yang mahal ni, dah bagi siapa?"

"Tegas Zahra, bukan kerana dia tidak ada rasa bersyukur, bukan kerana dia tidak puas hati dengan keadaan sekarang malah dia tidak pernah putus asa dengan masa depannya, tetap dan masih terus mencari peluang, dengan harapan dapat menambah pendapatan untuk dirinya."

Dia juga berhajat menduduki ujian kelayakan peguam, tetapi yuran ujiannya sebanyak RM15,000, betul-betul tidak mampu ditanggungnya. Tambahan pula, pinjaman PTPTN pun masih belum habis dibayar.

"Mungkin saya harus cari seorang teman lelaki yang kaya dan kahwin saja dengannya, maka hilanglah keperitan hidup saya. Mungkin apa yang saya katakan itu sungguh 
melucukan, tapi ia bukankah merupakan hakikat yang sebenar?" ujarnya.

Akhirnya, menurut Zahra, pemuda-pemudi sekarang tidak lagi ambil tahu atau merungut isu berkenaan politik dan perkauman, sebab apa yang lagi penting buat mereka adalah bagaimana meneruskan kehidupan yang kian mencabar.

Justeru itu, apabila saya mendapat tahu saya mempunyai peluang berucap di depan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dengan harapan saya dapat mewakili generasi muda-mudi masa kini menyuarakan isi hati kami.  

"Kalau orang seperti saya yang mempunyai Diploma Perundangan mengalami keperitan hidup, macam mana pula mereka yang lain?"

Video tersebut dimuat naik ke laman Facebook rasmi dalam satu hari yang singkat sahaja, ia telah ditonton sebanyak 10,000 kali. 

Ramai netizen yang menyatakan sokongan terhadap Zahra yang telah menyuarakan bagi pihak mereka. 

Ada pula netizen yang menyeru kepada kerajaan bahawa slogan "Rakyat Didahulukan" jangan hanya cakap-cakap kosong sahaja. 

Walau bagaimana pun, ini bukan kali pertama luahan hati anak muda kepada pemimpin negara! Masih ingat tak pada tahun 2013 dalam laman sosial Facebook juga pernah tersebar luas sepucuk surat terbuka yang ditulis kepada Perdana Menteri? 

Ketika itu, seorang anak gadis Melayu juga yang berumur 27 tahun iaitu Siti Hajar Binti Aladin telah menulis surat kepada Perdana Menteri untuk menyuarakan keperitan hidup yang dihadapi warga kerja, ianya turut menerima sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat khususnya netizen. - CARI Infonet

 

                                                                                                                                             

13

Bagus
20

Marah
23

Terkejut
22

Sedih
17

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MeghanK 10-7-2015 08:27 AM
dah tengok video tu dan saya setuju dgn zahra ni tapi ok jugak la, belajar tinggi start keje gaji dah banyak
Quote MeghanK 10-7-2015 08:28 AM
tapi pelik jugak si zahra ni, dia cakap asal hujung bulan je naik tren..kenapa tak naik tren je tetiap hari..lagi jimat kan
Quote VladinirPutim 10-7-2015 08:36 AM
MeghanK replied at 10-7-2015 08:28 AM
tapi pelik jugak si zahra ni, dia cakap asal hujung bulan je naik tren..kenapa tak naik tren je teti ...

pasal nak bergaya
aku ok je survive ada lebih lagi
ni tak..graduate gaji lets say now ard rm2500
bayar kereta dah rm1000
sewa bilik nak kondo mahal dah rm550
belum campur hutang ptptn rm250
kena la slow2 sebelum bergaya

Quote red_cattleya 10-7-2015 08:37 AM
tapi xpe ilmu tak rugi
Quote dino 10-7-2015 08:41 AM
VladinirPutim replied at 10-7-2015 08:36 AM
pasal nak bergaya
aku ok je survive ada lebih lagi
ni tak..graduate gaji lets say now ard rm2500 ...

rm2500 mmg nmpk tak cukup... klau fresh grad.... takyah penting gj... penting dpt pengalaman sbnyk mungkin....
nak pkai kereta takleh lebih rm400 sbln dgn gj byk tu.... kira la skali duit minyak... duit roadtax insuran.... koman2 rm600 utk kereta.... ni byr kete je dah rm1k.... mmg kais pagi la jwbnya.... semata2 nak puaskan hati org lain yg sah2 bkn depa tanggung
sbb bebdk br grad ni kena bwk kereta bsar time balik kg.... baru la org kg pandang ko grad U...
Quote MeghanK 10-7-2015 08:42 AM
VladinirPutim replied at 10-7-2015 08:36 AM
pasal nak bergaya
aku ok je survive ada lebih lagi
ni tak..graduate gaji lets say now ard rm2500 ...

betul tu..i paling tak setuju fresh grad yg berangan nak pakai kete mahal2 ni..kete malaysia taknak, tak selamat kata nya..nak bergaya punya pasal, semua jadi alasan
Quote lil_honey 10-7-2015 08:44 AM
berangan btul fresh grad nak gaji 9k..keje kat arab pun belum tentu dapat gaji 9k..
bukan tak nak setuju dengan apa yang dia ckp...
tapi kita pun dulu susah payah jugak memula pegi keje..naik ktm, pastu naik van
ofis pulak dalam ladang hutan...takde bas, takde public transport. okay je..boleh je idup..takde kais pagi makan pagi..
belajar tinggi2..tapi suka merungut..
Quote Suchi 10-7-2015 08:45 AM
VladinirPutim replied at 10-7-2015 08:36 AM
pasal nak bergaya
aku ok je survive ada lebih lagi
ni tak..graduate gaji lets say now ard rm2500 ...

kereta apa sbln rm1000? kalo baru kije jln kaki jelah dulu kalo nk pkai keta pun pkailah yg murah2 asal blh guna gerak sana sini.
tak pahamla selalu sgt tgk yg baru kije sebulan dua dah sebuk beli keta baru.pastu post kt fb menayang. time raya ni lagi lah semua pkat show off keta memasing tp ujung2 merungut tak cukup mkn pkai bagai kt laman sosial.
kancil nk berak besar mcm gajah mmg terkoyak lah jubo.
Quote dodolgemok 10-7-2015 08:46 AM
#sayaZahra   sapa yg cakap melayu sana melayu sini tu sebab forum ni pasal forum ekonomi melayu. Walaupon dodol xsuka jugak sikit2 guna alasan melayu, tpi dia bercakap dalam konteks forum tu iaitu forum melayu.
Quote VladinirPutim 10-7-2015 08:47 AM
Suchi replied at 10-7-2015 08:45 AM
kereta apa sbln rm1000? kalo baru kije jln kaki jelah dulu kalo nk pkai keta pun pkailah yg murah2 ...

toyota vios
honda city
yang basic punya dah cecah rm800++ monthly
try la survey price

Quote BlueEagle 10-7-2015 08:51 AM
dino replied at 10-7-2015 08:41 AM
rm2500 mmg nmpk tak cukup... klau fresh grad.... takyah penting gj... penting dpt pengalaman sbnyk ...

biasalah baru kerja dah nak pakai keta beso import lagik, nak beli rumah banglo sebijik.....aku bertahun kerja baru merasa beli rumah dulu...gaji mula2 kerja below gaji minimum skrg....tapi aku takde wat bideo...patut aku pun kena wat la bideo cam ni....
Quote MeghanK 10-7-2015 08:53 AM
BlueEagle replied at 10-7-2015 08:51 AM
biasalah baru kerja dah nak pakai keta beso import lagik, nak beli rumah banglo sebijik.....aku be ...

zaman dulu2 susah nak rekod nak upload video kan
Quote BlueEagle 10-7-2015 08:54 AM
MeghanK replied at 10-7-2015 08:53 AM
zaman dulu2 susah nak rekod nak upload video kan

tulah pasal.....sekarang semua benda nak berkongsi satu dunia, ...
Quote Star_el 10-7-2015 08:55 AM
Gaji fresh grad RM2500?hahahahah
Aku yg dah layu ni pun tak cecah pun jumlah tu
Quote tunaluna 10-7-2015 08:57 AM
memang la mengemis kalau dah monthly bayar kete rm500,sewa bilik rm500.
live within your means la,kalau dah tau gaji rendah,guna kete murah la.tak pun naik je train hari-hari.
sewa bilik tu bole je sewa area murah.kalau sewa bilik rm500,satu rumah 8 orang,aku assume sewa rumah tu yg monthly ribu2.ni lah graduate zaman sekarang,tau nak merungut je tapi taknak kalah bergaya.
Quote ida88 10-7-2015 08:57 AM
Die mmg berani bersuara bgitu dpn Tpm..tapi Tpm betul ke dgr atau buat2 dgr je? Tah balek dr event tu teros lupe dh ape yg disampaikan  
Quote kentel 10-7-2015 08:59 AM
MeghanK replied at 10-7-2015 08:28 AM
tapi pelik jugak si zahra ni, dia cakap asal hujung bulan je naik tren..kenapa tak naik tren je teti ...

bukan sis....dia pengamal undang2...kena pegi court settle case, jumpa klien...they not usually dlm office je...my friend ada yg law practitioner work style dia mmg mcm tu,,,pegi court buat sebutan case, close case, etc.
Quote MeghanK 10-7-2015 09:00 AM
BlueEagle replied at 10-7-2015 08:54 AM
tulah pasal.....sekarang semua benda nak berkongsi satu dunia, ...

trend kata nya..buat apa semua kena upload kat media sosial
Quote AbukRokok 10-7-2015 09:00 AM
zahra cari la jntan kaya... jd bini no 4 pun xpe

Lihat semua komen(453)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.047922 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top